Komander Esscom Puas Hati Kerjasama Semua Pihak

Diterbitkan: Selasa, 22 Disember 2015 12:27 PM

Datuk Abd Rashid Harun

(Ubah saiz teks)

LAHAD DATU: Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Abd Rashid Harun berkata, beliau berpuas hati dengan tahap kerjasama yang diberikan semua pihak berkepentingan sepanjang beliau menerajui pengoperasian keselamatan agensi itu.

Beliau berkata kerjasama erat antara semua pihak membabitkan pasukan penguatkuasaan, keselamatan dan masyarakat setempat khasnya di Kawasan Zon Keselamatan Timur Sabah (Esszone) telah dapat memastikan keamanan dan kedaulatan negeri terus terpelihara.

Katanya, kerjasama erat berkenaan juga berjaya dicapai atas prinsip saling memahami tugas dan peraturan pasukan penguatkuasaan dan keselamatan serta memahami masalah dan tanggungjawab masing-masing bagi merealisasikan hasrat memastikan keselamatan terus terjamin.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada warga keselamatan dan penguatkuasaan serta semua masyarakat di timur Sabah yang telah membantu Esscom untuk mencapai hajat memastikan kedaulatan, keamanan dan kesejahteraan di kawasan ini," katanya kepada pemberita pada Majlis Perbarisan Perpisahan Komander dan CEO Esscom di Padang Pasukan Polis Marin, Lahad Datu, di sini, Selasa.

Menurut Abd Rashid sepanjang berada di Esscom beberapa perkara telah dilaksanakan oleh Esscom antaranya Ops Gasak, Ops Bersepadu dan Ops Gasak Laut yang tidak dilaksanakan sesuka hati tetapi berdasarkan maklumat yang diterima hasil risikan pertahanan.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Esscom, Ruji Ubi mahu kerjasama yang ditunjukkan masyarakat kepada Esscom diteruskan dengan pimpinan Esscom yang baharu bagi memastikan elemen-elemen yang mengganggu gugat keselamatan dapat dihapuskan.

"Tanpa kerjasama penduduk setempat usaha untuk menjaga kedaulatan negara akan menghadapi kesulitan dan masyarakat perlu terus memahami peranan dan tanggungjawab terhadap negara," katanya.

Datuk Abd Rashid dinaikkan pangkat menjadi Pesuruhjaya Polis Sabah berkuatkuasa 23 Disember ini dan tempatnya akan digantikan SAC Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid.

Ruji Ubi pula dilantik sebagai Pengarah Pembangunan Negeri Sabah berkuatkuasa 16 Disember dan digantikan oleh Noor Alam Khan Abdul Wahid Khan sebagai CEO Esscom yang baharu.

Tags / Kata Kunci: Esscom , Esszone

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan