Gangguan Bekalan Air Di Beberapa Kawasan Di Sepang Dan Kuala Langat - Berita Semasa | mStar

Gangguan Bekalan Air Di Beberapa Kawasan Di Sepang Dan Kuala Langat

Diterbitkan: Selasa, 22 Disember 2015 2:31 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di Sepang dan Kuala Langat akan mengalami gangguan bekalan dan tekanan air rendah berikutan kerja membaiki meter paip agihan utama serta menaik taraf paip sedia ada.

Antara kawasan yang terlibat termasuk Pekan Dengkil; Kampung Dengkil; IPD Sepang; Mahkamah Sepang; SMK Sri Sepang; Tanjung Sepat New Village; dan Berek Polis Tanjung Sepat.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) Amin Lin Abdullah berkata gangguan air itu akan berlaku bermula 9 malam Isnin depan (28 Dis) sehingga 5 pagi keesokan harinya.

"Pengguna dinasihati menyimpan bekalan air secukupnya sebelum 28 Dis ini," katanya dalam satu kenyataan, Selasa.

Beliau berkata bekalan air dijangka pulih secara berperingkat dalam tempoh 16 jam bermula 5 pagi (29 Dis).

Pengguna boleh memuat turun aplikasi telefon pintar mySYABAS (melalui Google Playstore and AppStore) atau melayari www.syabas.com.my; Facebook SYABAS puspel atau Twitter SYABAS puspel Syabas untuk maklumat lanjut.
Tags / Kata Kunci: gangguan bekalan air , Syabas
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan