Gempa Kalimantan: Tiada Jangkaan Gempa Bumi Susulan Di Sabah

Diterbitkan: Isnin, 21 Disember 2015 2:50 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiada jangkaan gempa bumi susulan di Sabah setakat ini, ekoran gempa bumi kuat berukuran 6.2 pada skala Richter yang melanda Kalimantan, Indonesia, awal pagi ini, kata Jabatan Meteorologi Malaysia.

Ketua Pengarahnya Datuk Che Gayah Ismail berkata kebiasaannya 'gempa utama' sepertimana berlaku 2.47 pagi tadi, akan disusuli dengan gempa susulan yang lebih kecil.

"Namun, setakat ini berdasarkan maklumat terkini, kita belum merasai gegaran kedua.

"Ini mungkin disebabkan jarak kita dengan pusat gempa yang jauh," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Gempa yang berlaku di 3.6 darjah utara dan 117.6 darjah timur, kira-kira 33km ke utara Tarakan dan 96km barat daya Tawau itu turut dirasai di Tawau, Kunak, Semporna dan Lahad Datu, Sabah, pagi Isnin.

Menurut laporan media, kuarters Jabatan Bomba dan Penyelamat Tawau terpaksa dikosongkan selepas gegaran kuat dirasai, selain ada bangunan di daerah berkenaan yang dilapor mengalami keretakan.

Che Gayah berkata gempa yang berlaku di permukaan darat itu juga tidak menimbulkan ancaman tsunami.

"Sistem yang kita guna pakai sekarang mampu mengesan gempa bumi dengan baik, jadi berdasarkan maklumat sekarang, boleh dikatakan keadaan di Sabah agak selamat daripada gempa bumi (susulan)," katanya.

Tambah beliau, sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan menerusi media.

Tags / Kata Kunci: Sabah , Kalimantan

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan