Nahas Chiang Mai: Sultan Ibrahim Ucap Takziah Kepada Keluarga Mangsa

Diterbitkan: Isnin, 21 Disember 2015 3:20 PM

Sultan Ibrahim Ibni Alrmarhum Sultan Iskandar.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Alrmarhum Sultan Iskandar mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan bas di Chiang Mai.

Baginda bertitah dimaklumkan bahawa 13 mangsa yang terbunuh dalam kemalangan bas pada Ahad itu berasal dari Batu Pahat, Johor.

"Beta ingin mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa pada saat sukar ini dan beta berharap penumpang yang lain boleh pulang ke kediaman masing-masing dengan selamat, Insya-Allah," kata Baginda menerusi posting di laman Facebooknya pada Isnin.

Seramai 13 daripada 22 penumpang yang berada dalam bas tersebut disahkan maut.

Semasa kejadian, bas dilaporkan dalam perjalanan dari Chiang Rai ke Chiang Mai.

Bas tersebut bertembung dengan sebuah kenderaan lain sebelum terjunam ke dalam gaung kira-kira pukul 11.30 pagi.

Sembilan penumpang lain dilaporkan mengalami kecederaan.



iklan

Kolumnis

iklan

Iklan