Lebuh Raya Plus, Smart Dan Mex Beri Diskaun, Rebat

Diterbitkan: Isnin, 21 Disember 2015 11:23 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiga syarikat lebuh raya menawarkan rebat dan diskaun tol kepada pengguna sempena perayaan Hari Krismas yang akan disambut Jumaat ini.

Ketua Pegawai Operasi PLUS Malaysia Berhad, Mohammad Fuad Khusairi berkata pengguna kenderaan Kelas 1 yang membayar tol menggunakan sistem elektronik pada 25 Dis berpeluang menikmati rebat tol sebanyak 20 peratus.

"Rebat tol sebanyak 20 peratus itu akan dimasukkan ke dalam kad Touch 'n Go atau kad PLUSMiles (dalam bentuk tambah nilai) pengguna antara 15 Jan 2016 hingga 14 April 2016," katanya dalam satu kenyataan di sini, Isnin.

Rebat tol itu melibatkan rangkaian lebuh raya PLUS iaitu Lebuh Raya Utara-Selatan, Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE), Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) dan Jambatan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua).

Bagaimanapun, rebat berkenaan tidak diberikan untuk pengguna yang membayar tol di Plaza Tol Tanjung Kupang, Bukit Kayu Hitam, Bangunan Sultan Iskandar dan Jambatan Pulau Pinang, katanya.

Syarikat Mengurus Air Banjir  and  Terowong Sdn Bhd (SMART) turut mengumumkan diskaun sebanyak 20 peratus kepada semua kenderaan bermula pada 6 pagi 25 Dis ini hingga 6 pagi keesokannya.

Ketua Pegawai Operasi Lebuhraya SMART, Mohd Fuad Kamal Ariffin berkata diskaun tol yang diberikan adalah sebagai menghargai pengguna yang menggunakan Lebuh Raya SMART pada hari perayaan tersebut.

Sementara itu, Maju Expressway Sdn Bhd turut memberikan diskaun sebanyak 10 peratus kepada pengguna yang menggunakan Lebuh Raya Maju (MEX).

Pegawai Eksekutif Kanan Korporat MEX Saiful Bakhri Mohd Annuar berkata pemberian diskaun sebanyak 10 peratus itu bermula pada 12 tengah malam 25 Dis ini dan akan tamat pada 11.59 malam 26 Dis.

"Bagi pengguna yang melalui Plaza Tol Seri Kembangan masih lagi boleh menikmati laluan percuma sehingga diberitahu kelak," katanya.

Tags / Kata Kunci: Plus , Mex , Smart

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan