Gaduh Di Kota Raya: Jangan Bertindak Sesuka Hati - Najib

Diterbitkan: Isnin, 21 Disember 2015 10:46 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menasihatkan orang ramai supaya membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya berlaku sebarang kes penipuan perdagangan supaya tindakan dapat diambil. 

"Sekiranya ada sebarang kes penipuan perdagangan atau jual beli, laporkan kepada pihak berkuasa yang akan menyiasat dan mengambil tindakan sepatutnya.

"Jangan bertindak sesuka hati," kata Najib dalam catatan di laman Facebook beliau.

Pada Ahad, sekumpulan lelaki dipercayai pelanggan dan jurujual telefon bimbit bergaduh di tingkat bawah pusat beli-belah Kota Raya di sini.

"Saya memandang serius kejadian pergaduhan di Kompleks Kota Raya yang telah mencetuskan kebimbangan masyarakat," kata Najib.

Dalam pada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup menyangkal andaian bahawa insiden pergaduhan itu adalah isu perkauman.

Sebaliknya, beliau menegaskan insiden itu tercetus akibat perasaan marah dan tindak balas berhubung isu hak kepenggunaan melibatkan jual beli telefon antara pembeli dan penjual. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Kota Raya

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan