Nahas Bas: Thailand Akan Bayar Pampasan Kepada Waris Mangsa

Diterbitkan: Isnin, 21 Disember 2015 7:36 PM

(Ubah saiz teks)

CHIANG MAI: Kerajaan Thailand akan membayar pampasan kepada keluarga bagi sekurang-kurangnya 13 rakyat Malaysia yang terbunuh termasuk mereka yang cedera dalam kemalangan bas di sini, Ahad.

"Pejabat insurans kerajaan akan membayar pampasan THB1.6 juta, kepada waris mangsa yang terbunuh, manakala mereka yang cedera akan menerima sehingga THB600,000.

"Jika ada yang terselamat tetapi mengalami kecacatan kekal, mereka akan menerima jumlah pampasan yang sama untuk mewakili mereka yang terbunuh," kata seorang pegawai kanan Thailand selepas satu perbincangan diadakan di pejabat lebuh raya di sini, Isnin.

Seramai 13 rakyat Malaysia yang merupakan antara 22 penumpang yang menaiki bas dalam perjalanan dari Chiang Rai ke Chiang Mai di Lebuhraya 118 pada Ahad ketika nahas berlaku.

Dalam perbincangan tersebut, pegawai Thailand turut bersetuju bahawa semua autopsi akan dikendalikan oleh Hospital Maharaj Nakhon Chiang Mai.

"Kita berusaha untuk menyelesaikan urusan dokumentasi pada hari ini, jadi keluarga mangsa boleh membawa mayat pulang ke Malaysia esok atau lusa (Rabu)," kata seorang pegawai.

Pegawai turut meminta kedutaan Malaysia bagi membantu dalam menetapkan waris mangsa untuk tampil menuntut pampasan.

"Setakat hari ini, kita menemui 15 passport, dan tujuh lagi masih hilang.

"Kita akan terus mencari bukti, dan yakin semua prosedur yang dijalankan mematuhi piawaian antarabangsa," kata seorang pegawai kanan.

Terdahulu pada Isnin, The Star membuat tinjauan di lokasi kejadian kira-kira 45 kilometer dari bandar, di mana pihak polis mengumpulkan bukti bagi menentukan punca kemalangan.

"Pada peringkat ini, kita percaya pemandu cuai dan memandu melebihi had laju sehingga hilang kawalan.

"Kita juga akan menyiasat laporan bahawa pemandu melanggar lari daripada kemalangan sebelum itu," kata seorang pegawai di tempat kejadian.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas mengenai dakwaan bahawa pemandu tersebut terlibat dalam satu lagi kemalangan bas dua tahun lalu, yang didakwa mengakibatkan kematian.

Pemandu yang dikenali sebagai Somporn Bualuang, 58 turut cedera dalam insiden itu.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan