Sin Woon Gesa Segera Dakwa Mereka Terlibat Pergaduhan Kota Raya

Diterbitkan: Isnin, 21 Disember 2015 6:42 PM

Chong Sin Woon.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mereka yang bertanggungjawab terhadap insiden pergaduhan di Kompleks Kota Raya perlu segera didakwa, kata Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon.

"Ini akan memberikan peringatan tegas kepada masayrakat bahawa negara tidak mahu perkara seumpama ini berulang lagi," katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan cek di SJK (C) On Pong pada Isnin.

Insiden yang berlaku pada pukul 4.55 petang Ahad didakwa tercetus selepas seorang pelanggan "ditahan" selama empat jam kerana enggan membayar harga yang keterlaluan.

Satu kumpulan melibatkan beberapa pelanggan yang tidak berpuas hati kembali ke kompleks berkenaan dengan bersenjatakan parang dan helmet untuk menuntut bayaran balik.

Kekecohan itu mengakibatkan sebuah meja dipecahkan, kehilangan beberapa telefon bimbit dan dua orang mengalami kecederaan.

Sin Woon berkata, beliau berasa lega apabila rakaman litar tertutup (CCTV) di dalam kompleks tersebut berjaya merakamkan insiden itu sehingga membawa kepada penahanan suspek.


Tags / Kata Kunci: Chong Sin Woon , Kota Raya

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan