Melaka Benarkan Penjualan Vape

Diterbitkan: Ahad, 20 Disember 2015 9:05 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Penjualan peralatan vape dan cecairnya di Melaka tidak menyalahi undang-undang negeri itu dan lesen operasinya akan dikeluarkan kepada usahawan menceburi industri berkenaan.

Kerajaan sedia mengeluarkan lesen kepada peniaga vape sehingga Kerajaan Persekutuan memutuskan  undang-undang baru untuk mengawal vape atau mengharamkan produk tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Datuk Ismail Othman berkata keputusan untuk tidak mengharamkan vape dan e-rokok dibuat selepas satu kajian  menunjukkan jualan produk itu tidak meluas di negeri berkenaan.

"Terdapat jumlah kecil usahawan muda menceburi bidang perniagaan itu dan kita tidak mahu melemahkan semangat mereka dengan mengenakan larangan.

"Kami akan terus memberi mereka peluang untuk menjana pendapatan tetapi mereka perlu mematuhi sebarang undang-undang baru, termasuk larangan, jika diputuskan oleh Kerajaan Persekutuan," katanya pada Sabtu.

Ismail berkata, ramai usahawan muda telah membuar pelaburan besar terhadap produk tersebut sehingga membuka kedai yang serba canggih.

"Oleh itu, kita tidak keberatan menghulurkan tangan bagi membantu sehingga undang-undang mengenai produk itu berubah," katanya.

Kementerian Kesihatan pada 9 November lalu berkata walaupun tiada larangan terhadap produk vape.

Ketika ini penjualan cecair yang mengandungi nikotin hanya boleh dibekalkan oleh ahli farmasi berlesen dan pengamal perubatan berdaftar selain perlu direkodkan.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah yang membuat pengumuman itu, berkata jualan nikotin dilarang mengikut Akta Racun 1952.

Ismail turut mengesahkan bahawa Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) telah mengeluarkan sebanyak 20 lesen beberapa hari lalu, sambil menambah bahawa mereka yang berminat untuk memohon lesen masih boleh berbuat demikian.

"Tetapi lesen adalah untuk operasi kedai-kedai dan pihaknya  tidak akan bertanggungjawab bagi  kandungan nikotin dalam cecair vape," katanya.

Tags / Kata Kunci: Vape , Melaka

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan