Penerbangan Pertama Rayani Air Berlepas

Diterbitkan: Ahad, 20 Disember 2015 12:43 PM

Para penumpang berbaris menunggu giliran untuk melakukan pendaftaran masuk penerbangan Rayani AIr pada hari pertama penerbangan Rayani Air RN0600 ke Langkawi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada Ahad. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Syarikat penerbangan patuh syariah pertama di Malaysia, Rayani Air, melancarkan penerbangan sulungnya dari Kuala Lumpur ke Pulau Langkawi kira-kira pukul 10 pagi Ahad.

Pengarah Urusannya Jaafar Zamhari berkata penerbangan RN0600 itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), di sini, membawa kira-kira 150 penumpang termasuk 18 anak yatim dari Institut Taufik Islami, Klang serta petugas media.

Secara keseluruhannya, katanya beliau berpuas hati dengan kelancaran penerbangan itu walaupun terdapat sedikit kelewatan semasa proses daftar masuk penumpang.

"Setakat ini saya berpuas hati dengan prestasi petugas. Mereka adalah petugas terlatih dan sebahagiannya telah mempunyai pengalaman dalam industri penerbangan..

"Saya berharap segalanya berjalan lancar," katanya kepada Bernama semasa ditemui sebelum penerbangan itu berlepas menggunakan pesawat Boeing 737-400.

Seorang penumpang, Ahmad Aiman Mohd Razali, 29, berkata beliau begitu teruja untuk mencuba penerbangan patuh syariah itu buat kali pertama.

Katanya harga yang ditawarkan syarikat penerbangan itu amat berpatutan memandangkan ia memberikan perkhidmatan penuh yang membezakannya dengan syarikat penerbangan lain.

"Dengan satu tiket, boleh dapat daftar masuk bagasi sebanyak 20 kilogram serta hidangan dalam pesawat. Setakat ini saya berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan," katanya.

Rayani Air menerima lesen perkhidmatan udara dan sijil pengendali udara daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) pada Jumaat lepas.

Syarikat itu merupakan hasil usahasama dua perniagaan iaitu syarikat minyak dan gas, Merdeka Jayabumi Enterprise dan syarikat perlombongan, Terus Maju Metal. 

Tags / Kata Kunci: Rayani Air

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan