PAS Boleh Maafkan Umno - Takiyuddin

Diterbitkan: Ahad, 20 Disember 2015 5:46 PM

Takiyuddin Hassan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: PAS sedia bekerjasama dengan Umno kerana memaafkan merupakan sebahagian daripada perjuangan politik parti itu, kata setiausaha agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan.

"Ia merupakan antara ciri-ciri perjuangan kita dan ia bukan sesuatu yang baharu apabila sesetengah pemimpin menyertai PAS dan masih boleh diterima oleh ahli-ahli kita," kata Takiyuddin ketika ditanya sekiranya parti itu sedia memaafkan Umno, semasa mesyuarat agung tahunan Perkasa pada Ahad.

Beliau berkata, PAS terbuka kepada sebarang kerjasama politik dengan mana-mana kumpulan demi perpaduan ummah.

"PAS berjuang berdasarkan prinsip ini. Jika ada parti lain yang menerima pakai prinsip-prinsip yang digunakan PAS, kita terbuka untuk bekerjasama berdasarkan agenda lebih besar. Ia tidak kira sama ada parti itu Islam atau bukan Islam," katanya.

Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Baru menyatakan bahawa kepimpinan parti sedang memberikan penjelasan kepada para penyokong mengenai hasrat untuk bekerjasama dengan Umno.

"Secara dasarnya, sebarang keputusan yang dibuat oleh presiden adalah secara kolektif. Ia merupakan keputusan kolektif di bawah parti," katanya.

Pada Khamis lalu, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menghadiri majlis Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia.

Majlis itu meluluskan tujuh resolusi di mana antaranya termasuk menyeru kerjasama politik antara PAS dan Umno demi perpaduan umat Islam yang lebih baik dan harmoni.

Tags / Kata Kunci: Takiyuddin Hassan

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan