MIC Tidak Menentang Kerjasama Umno-PAS

Diterbitkan: Ahad, 20 Disember 2015 11:48 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: MIC tidak akan menentang kerjasama antara Umno dan PAS dalam pilihan raya umum, kata Presiden parti itu, Datuk Seri S. Subramaniam.

"Kerjasama antara Umno dan PAS tidak tidak akan menjejaskan hubungan di kalangan parti komponen BN pada masa ini kerana kita mempunyai dasar tersendiri," katanya kepada pemberita di luar Kuil Yuen Leong, Kepong di sini.

Beliau bagaimanapun berkata, MIC mengikuti rapat situasi berkenaan ketika ini.

Perkara sama turut dikatakan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang memberitahu, parti berkenaan mengambil tindakan 'berhati-hati' dan memantau kerjasama tersebut.

Tags / Kata Kunci: MIC , Umno , PAS , MCA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan