Dakwaan Pencerobohan Kapal Tentera Laut China Tidak Tepat - Panglima TLDM

Diterbitkan: Ahad, 20 Disember 2015 5:28 PM

Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin

Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin. Foto RICKY LAI / The Star

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dakwaan kononnya berlaku pencerobohan kapal Tentera Laut China di perairan Bintulu, Sarawak dan Beting Patinggi Ali seperti dilaporkan di media sosial adalah tidak benar. 

Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata, sejak 18 NovEMBER lepas, tiada kapal tentera laut republik itu dilaporkan berada di kawasan berkenaan.

"Kapal yang dilihat itu hanyalah kapal peronda yang berada di luar 12 batu nautika iaitu di luar perairan Malaysia," katanya dalam kenyataan di sini, Ahad.

Katanya, TLDM sentiasa mengawasi perairan negara khususnya di Laut China Selatan termasuk di kawasan perairan Beting Patinggi Ali, selain kawalan yang sama dilakukan Tentera Udara Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Ahmad Kamarulzaman meminta semua pihak terutamanya media sosial menghentikan penyebaran sebarang maklumat berkaitan isu yang berkaitan keselamatan negara.

"Jangan sebarkan sebarang maklumat dalam media sosial tanpa mendapat pengesahan terlebih dahulu," katanya. - Bernama

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan