Pakatan 34: Malaysia Hanya Kongsi Maklumat - PAT

Diterbitkan: Sabtu, 19 Disember 2015 6:19 PM

Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

(Ubah saiz teks)

PORT DICKSON: Penyertaan Malaysia dalam Pakatan 34 negara Islam yang diketuai Arab Saudi untuk memerangi aktiviti militan dan keganasan, hanya untuk berkongsi maklumat dan tidak melibatkan operasi ketenteraan.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata, Malaysia menyertai pakatan itu kerana ia selaras dengan dasar negara yang menentang sebarang jenis keganasan.

"Itu adalah Pakatan 34 negara untuk menentang keganasan, ia tidak melibatkan gabungan ketenteraan, bukan pakatan tentera. 

"Ia pakatan negara. Ia tidak melibatkan anggota tentera dan kita hanya berkongsi maklumat dan bertukar pandangan,"katanya pada sidang media selepas upacara Pemakaian Pangkat dan Penyampaian Perakuan Tamat Latihan Pegawai Kadet Graduan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sini, Sabtu.

Selain Malaysia, Pakatan 34 turut disertai Mesir, Qatar, Emiriah Arab Bersatu, Turki, Pakistan dan Afrika.

Negara-negara itu menyertai Pakatan 34 bagi memerangi keganasan, dengan pusat operasi bersama berpangkalan di Riyadh untuk menyelaras dan menyokong operasi ketenteraan.

Zulkifeli berkata, peningkatan cabaran keselamatan berbentuk bukan tradisional di rantau ini seperti jenayah rentas sempadan khususnya di sempadan darat negara, telah mempengaruhi rancangan kesiapsiagaan ATM.

Selain itu, ia turut menuntut jalinan kerjasama serantau sebagai satu usaha positif seiringan dengan prinsip diplomasi yang dilaksanakan oleh kerajaan.

"Konsep diplomasi ketenteraan seperti pengukuhan hubungan dua hala dan pelbagai hala dengan negara-negara jiran akan terus dipertingkatkan menerusi rundingan kesepakatan serta kerjasama latihan.

"Hubungan profesional yang dibina oleh ATM pastinya menjadi aset kepada negara dalam memperkukuh hubungan diplomatik yang terjalin menerusi pelbagai rangkaian politik di peringkat pucuk pimpinan negara," katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Seri Panglima Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin dan Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Roslan Saad. 

Seramai 96 Pegawai Kadet (PK) Graduan terdiri daripada 52 PK Graduan Tentera Darat, sembilan PK Graduan Tentera Laut Diraja Malaysia, 33 PK Graduan Tentera Udara Diraja Malaysia dan dua PK Timbalan Setia Negeri Johor ditauliahkan sebagai Leftenan Muda pada majlis itu. - Bernama

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan