Kos Upah Pekerja Asing Meningkat

Diterbitkan: Sabtu, 19 Disember 2015 8:44 AM

Low (kiri) dan Wahid (dua dari kiri) turut hadir pada perbincangan tersebut.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kos pengambilan pekerja asing dijangka meningkat tahun depan sebagai sebahagian daripada polisi perlahan-lahan untuk mengurangkan bilangan pekerja asing di negara ini.

Di bawah pelan ini, penggajian pekerja asing dijangka menelan belanja sekurang-kurangnya lebih 30 peratus bagi industri tertentu, menjadikannya lebih murah untuk majikan mengupah rakyat tempatan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low mendedahkan perkara itu pada Jumaat semasa perbincangan panel selepas pelancaran Pemantauan Ekonomi Malaysia Mengenai Buruh Imigran bagi edisi Disember Bank Dunia 2015.

"Kami akan mengesyorkan semakan levi untuk pekerja asing berasaskan industri dan gaji minimum bagi sistem baharu ini yang kami harap akan dilaksanakan awal tahun depan," katanya.

Sebagai contoh, Low berkata pengeluar mungkin terpaksa membayar levi lebih tinggi untuk pekerja asing bagi menggalakkan penggunaan jentera dan automasi.

"Kami juga akan datang dengan rancangan untuk memperkenalkan ini secara berperingkat-peringkat, seperti bermula dengan rekrut baharu dan perlahan-lahan memperluaskannya kepada pekerja yang sudah berada di sini, mungkin apabila majikan memperbaharui permit mereka," katanya.

Low berkata syarat yang lebih ketat juga akan dilaksanakan terhadap majikan bagi memastikan mereka mematuhi undang-undang buruh.

Malah, katanya tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang ditangkap kerana menyalahgunakan pekerja mereka dalam apa jua cara seperti tidak membayar gaji atau kerja lebih masa atau tidak menyediakan kemudahan penginapan yang baik.

"Majikan yang melanggar peraturan ini akan dikenakan denda atau hilang permit pengambilan pekerja asing mereka.

"Adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk mematuhi undang-undang.

"Pemantauan dan tindakan lebih tegas akan diambil untuk memerangi penyeludupan dan amalan buruh paksa.

"Kami juga akan tampil dengan dasar yang lebih jelas untuk mangsa penyeludupan dan pelarian yang tidak dibenarkan bekerja di sini secara sah," katanya.

Low bagaimanapun menjelaskan bahawa dasar baharu tidak akan terpakai kepada pembantu rumah.

Mengenai isu pekerja asing tanpa izin yang ditahan di pusat tahanan kerana tinggal lebih masa atau memasuki negara ini secara haram, beliau berkata salah satu pilihan adalah menyediakan insentif kepada majikan untuk mengambil mereka bekerja.

"Kita tidak boleh menafikan keperluan pekerja asing yang berada di sini buat sementara waktu atau untuk tujuan tertentu," katanya.

Sejumlah 11 agensi kerajaan sedang bekerjasama untuk menangani isu pekerja asing tanpa izin di negara ini dan menyelaraskan dasar Imigresen sedia ada.

Turut hadir dalam perbincangan tersebut adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Wahid Omar.



Tags / Kata Kunci: pekerja asing , Paul Low

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan