PRN Sarawak Uji Keupayaan Adenan

Diterbitkan: Sabtu, 19 Disember 2015 10:19 AM

Adenan Satem.

(Ubah saiz teks)

EKSKLUSIF

KUCHING: Tan Sri Adenan Satem kini bersedia memacu Sarawak menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang pertama sebagai Ketua Menteri yang diketahui ramai dengan sikapnya yang tidak mudah dipengaruhi sesiapa sahaja.

Tiada siapa yang mempengaruhi keputusan beliau termasuk bekas Ketua Menteri, Tun Abdul Taib Mahmud yang dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

"Ketika dia minta saya untuk menggantikan beliau, beliau berkata," Anda buat dasar anda sendiri, anda lakukan apa yang dirasakan betul. Jangan bincang dengan saya melainkan ia perkara penting dan saya tidak akan beritahu anda apa yang perlu dilakukan melainkan anda tanya saya. Jika anda minta nasihat saya akan berikan  tapi saya tidak akan beri nasihat yang tidak diminta.

"Dia berikan saya semua kebebasan. Lagipun beliau berkata beliau bukan lagi Ketua menteri. Dan Taib menepati janjinya," kata Adenan.

Adenan melihat Taib sebulan sekali memberikan talimat kepadanya sebelum mesyuarat Kabinet dan bertukar pendapat mengenai pandangan rakyat mengenai cara mereka mentadbir negeri itu.

"Jika seseorang menjual namanya untuk sesuatu, saya akan tanya dia sama ada ia benar," kata Adenan dalam satu temubual eksklusif bersama The Star.

Beliau berkata bekas ketua menteri itu sibuk menjalankan tugasnya sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

"Beliau mempunyai banyak masa sekarang dan beliau suka melancong. Anda tidak menjangka beliau hanya akan duduk di Astana. Beliau sentiasa aktif jadi dia tidak boleh duduk diam.

"Dia sibuk dengan hal-hal sosial dan pada dasarnya tidak campur tangan dalam hal ehwal politik kami, itu perkara utama.

Dengan pilihan raya negeri yang akan berlangsung tidak lama lagi, Adenan berkata, beliau berharap dapat melakar kemenangan besar atau melakukan yang lebih baik berbanding Taib.

"Saya tidak fikir dia akan cemburu. Dia pastinya akan lebih gembira," kata Adenan sambil berseloroh.

Pada PRN yang lalu, Barisan memenangi 55 kerusi manakala 12 kerusi lagi milik DAP, tiga Parti Keadilan Rakyat dan satu Bebas.

PRN yang akan datang perlu diadakan sebelum pertengahan tahun depan menyaksikan 82 kerusi yang dipertandingkan, peningkatan 11 kerusi selepas persempadanan semula Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang diluluskan Parlimen pada awal bulan ini.

Penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan berakhir pada 20 Jun dan perlembagaan negeri menyatakan bahawa PRN perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tamat tempoh.

"Tidak ada gunanya membuat spekulasi buat masa ini. Mari kita katakan sebelum Jun," kata Adenan mengenai tarikh PRN.

Beliau mahu mencatatkan kemenangan besar bagi mengekalkan kestabilan dan membawa lebih banyak pembangunan di Sarawak.

"Kami berjaya membuktikan bahawa kami boleh membawa kestabilan, tidak seperti apa yang berlaku di Semenanjung pada hari ini. Saya tidak fikir kami mahu mengikut jalan tersebut," katanya.

Tags / Kata Kunci: Adenan Satem , PRN Sarawak

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan