AirAsia Galakkan Penumpang Tiba Tiga Jam Lebih Awal Dari Waktu Berlepas

Diterbitkan: Sabtu, 19 Disember 2015 10:36 PM

Gambar fail kaunter daftar masuk di KLIA2.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: AirAsia Bhd menggalakkan penumpang bagi perjalanan sepanjang cuti persekolahan akhir tahun ini agar tiba tiga jam lebih awal daripada waktu berlepas untuk mengelak kesesakan yang dijangka di kebanyakan lapangan terbang utama.

Dijangkakan sekurang-kurangnya 40,000 penumpang sehari bagi sepanjang tempoh cuti persekolahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), menurut AirAsia dalam satu kenyataan di sini.

Menurut AirAsia, formaliti perjalanan seperti pelepasan kastam dan imigresen dan pemeriksaan keselamatan mungkin akan mengambil masa yang lebih lama pada tempoh perjalanan kemuncak ini berbanding tempoh biasa.

Pilihan daftar masuk sendiri melalui perkhidmatan laman web, aplikasi mudah alih atau kios boleh digunakan dari tempoh 14 hari hingga sejam sebelum berlepas bagi semua penerbangan AirAsia, dan sehingga empat jam sebelum berlepas bagi semua penerbangan AirAsia X.

AirAsia juga amat mengesyorkan supaya pelanggannya mencetak pas masuk sebelum tiba di lapangan terbang bagi memudahkan proses perjalanan mereka.

"Bagi pelanggan dengan daftar masuk bagasi, kaunter serahan bagasi ditutup 60 minit sebelum pesawat berlepas untuk penerbangan AirAsia dan AirAsia X.   

"Memandangkan jangkaan kesesakan di kaunter serahan bagasi, tempat pemeriksaan imigresen, pengimbasan keselamatan dan pelepasan bagasi semasa musim cuti ini, adalah dinasihatkan supaya penumpang menyelesaikan proses serahan bagasi dan kemudian terus ke pintu pelepasan seawal mungkin," menurutnya. - Bernama

Tags / Kata Kunci: AirAsia

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan