Undang-Undang Sedia Ada Digunakan Kawal Uber, GrabCar - Liow

Diterbitkan: Jumaat, 18 Disember 2015 4:05 PM

Liow Tiong Lai.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Undang-undang sedia ada akan digunakan untuk mengawal perkhidmatan Uber dan GrabCar, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Liow menafikan bahawa undang-undang baharu akan dilaksanakan dengan berkata Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengadakan perbincangan dengan pihak berkepentingan dan sedang mengkaji undang-undang yang boleh digunakan untuk mengawalselia perkhidmatan perjalanan perkongsian tersebut.

"Pada asasnya terdapat keperluan untuk mengawal selia. Jika teksi termasuk dalam bidang kuasa undang-undang, begitu juga Uber dan GrabCar," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pecah tanah di tapak Tokong Wong Low Shen See Chee How di Seputeh pada Jumaat.

Beliau menegaskan bahawa 'sesiapa sahaja boleh menjadi pemandu Uber' pada masa ini dan ia tidak adil untuk pengusaha teksi.

"Sama seperti teksi, kita perlu memantau pemandu (Uber dan GrabCar) untuk melindungi hak penumpang. Perlu ada proses standard tentang bagaimana untuk menguatkuasakannya terhadap pemandu Uber.

"Kita tidak boleh membiarkan mereka beroperasi secara haram di jalan raya," kata Liow.

Tags / Kata Kunci: Uber , GrabCar , Liow Tiong Lai

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan