Malaysia Airlines Larang Alatan Berkuasa Bateri Litium Ke Dalam Pesawat

Diterbitkan: Jumaat, 18 Disember 2015 9:04 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines melarang kemasukan alat pengangkut peribadi pintar yang menggunakan bateri litium kecil ke dalam pesawat mulai Sabtu.

Malaysia Airlines dalam satu kenyataan hari ini, berkata larangan itu telah disyorkan oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) kepada semua syarikat penerbangan (IATA) bagi memastikan keselamatan penumpang.

Alat pengangkutan peribadi pintar terdiri daripada "Airwheel", "Solowheel","Hoverboard", segway mini serta kesemua peranti pengimbang beroda dianggap berpotensi menjadi bahaya kebakaran.

Malaysia Airlines berkata langkah-langkah ini termaktub ke atas semua penerbangannya dari mana-mana lapangan terbang, termasuk penerbangan sewaan dan penukaran penumpang pesawat dari syarikat penerbangan yang lain.

Larangan itu juga terpakai untuk semua pintu daftar masuk Malaysia Airlines di seluruh dunia. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Airwheel , bateri Litium , Malaysia Airlines

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan