Ada Pihak Kelirukan Rakyat Tentang Punca Kos Sara Hidup Meningkat - Najib

Diterbitkan: Jumaat, 18 Disember 2015 5:37 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyelar sikap sesetengah pihak yang sengaja mengelirukan rakyat tentang punca sebenar kenaikan harga barang dan perkhidmatan. 

Beliau berkata tindakan pihak berkenaan yang cuba menyalahkan kerajaan semata-mata, walhal kerajaan sedang berusaha dengan gigih mencari jalan bagi mengawal harga barang yang naik akibat faktor luaran. 

"Contohnya, Kerajaan telah mengumumkan diskaun-diskaun khas pengangkutan awam baru-baru ini," katanya melalui 'podcast' yang disiarkan di blognya www.najibrazak.com pada Jumaat.

Di samping itu, perdana menteri berkata, kerajaan juga sedang meneliti angkah-langkah bersesuai yang perlu dan mampu diambil.  Dalam pada itu, Najib berkata walaupun kerajaan telah sedaya upaya mencari jalan bagi meringankan beban rakyat, adalah penting untuk orang ramai mengetahui punca sebenar kenaikan harga barang dan perkhidmatan berlaku.

Najib berkata pertama sekali adalah faktor luar yang memberi tekanan terhadap ekonomi negara susulan penurunan harga minyak mentah dunia.

"Apabila harga minyak mentah dunia turun, maka pendapatan kerajaan berkurangan. Dalam konteks ini, dijangka lebih daripada RM30 bilion pada tahun hadapan.

"Maka sukarlah untuk kerajaan melakukan campur tangan seperti menambah subsidi," katanya, sambil memberi analogi jika seorang individu diturunkan atau dikurangkan pendapatannya, maka terbatas lah kebolehan dan kemampuannya untuk berbelanja.

Najib berkata, sama keadaannya dengan kerajaan, terbatas dalam kebolehan serta kemampuan negara apabila pendapatan negara berkurangan.

Perdana menteri berkata kedua, kesan daripada pendapatan negara yang berkurangan, pelabur akan menjual Ringgit untuk melabur di negara yang tidak terkesan dengan kejatuhan harga minyak.

Keadaan itu, katanya mengakibatkan prestasi Ringgit menguncup, dan menyebabkan harga barangan import menjadi lebih mahal.

"Jika dilihat, trend Ringgit kita hampir selari dengan trend harga minyak," katanya.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Datuk Seri Najib Tun Razak

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan