Pembiayaan Keganasan: Malaysia Guna Rangka Kerja Komprehensif

Diterbitkan: Jumaat, 18 Disember 2015 4:54 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Malaysia menggunakan rangka kerja komprehensif bagi menjenayahkan pembiayaan keganasan dan pengubahan wang haram, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah pada satu mesyuarat Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di New York. 

Dalam ucapannya pada Mesyuarat Menteri-menteri Kewangan Lembaga PBB mengenai Memerangi Pembiayaan Keganasan pada Khamis, Ahmad Husni berkata Seksyen 130N Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman berat bagi perbuatan membiayai keganasan,termasuk penjara 30 tahun.

Kesalahan membiayai keganasan juga termaktub dalam Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Kegiatan Haram 2001, katanya.

Beliau berkata Malaysia melaksanakan Urusan Penilaian Bersama pada Jun tahunini, yang antara lain, menggariskan tentang komitmen Malaysia terhadap standard Pasukan Petugas Tindakan Kewangan melalui penggunaan rangka kerja perundangandan peraturannya yang kukuh dalam memerangi pembiayaan keganasan.

"Rangka kerja Malaysia bagi sekatan kewangan yang disasarkan terhadap keganasanmenyediakan alat kukuh untuk mengenal pasti rangkaian pengganas dan mengambil langkah untuk membekukan aset pengganas," katanya dalam satu kenyataan yang dihantar pada Jumaat.

Ahmad Husni berkata regim terhadap keganasan ditadbir secara tegas dan dilaksanakan dengan sempurna berlandaskan Resolusi Majlis Keselamatan PBB (UNSCR) 1267. 

Malaysia, katanya, menyambut baik liputan menyeluruh resolusi baharu itu yangterus memberi fokus terhadap regim sekatan Al-Qaeda 1267/1989 PBB yang telah wujud sejak sekian lama berhubung ancaman pengganas.

Resolusi baharu ini meliputi semua aspek tanggungjawab negara anggota berhubung penggubalan rangka kerja perundangan yang diperlukan bagi menjenayahkan pembiayaan keganasan dan melaksanakan sekatan pembiayaan keganasan melalui proses penyenaraian dan pembatalan penyenaraian.

Ahmad Husni berkata Malaysia berada dalam kedudukan baik untuk mengguna pakai dan melaksanakan syor yang terkandung dalam resolusi baharu itu.

"Pelan strategik kami yang menyeluruh mengenai Akta Pengubahan Wang Haram dan Memerangi Pembiayaan Keganasan Kebangsaan turut meliputi langkah seperti melibat urus sektor swasta mengenai isu pembiayaan keganasan dan pelaksanaan langkah perlu lain," katanya.

Beliau berkata para pengawal selia kewangan dan pegawai pematuhan Malaysia sering bertukar-tukar pendapat dan berkongsi maklumat tentang isu berkaitan pelaksanaan langkah mencegah pengubahan wang haram dan membanteras pembiayaan keganasan bersama rakan sejawatan mereka di peringkat serantau dan antarabangsa.

"Kami sentiasa berusaha untuk mengenal pasti ancaman utama Daesh (IS), termasuk trend dan modus operandi pembiayaan keganasan, memantapkan kaedah penyiasatan serta mengadakan latihan khusus mengenai taipologi, penyiasatan danbidang baharu," katanya.

Beliau berkata Malaysia menyertai anggota lembaga lain untuk menggesa semua negara anggota supaya terus mengambil langkah sewajarnya bagi memerangi tindakan radikalisasi dan kegasanan dalam semua bentuk serta manifestasi yang menjurus kepada keganasan, pembiayaan, merekrut dan menggerakkan individu ke dalam kumpulan pengganas.

Menurut satu laporan AFP, para menteri kewangan dari Majlis Keselamatan PBB pada Khamis sebulat suara menerima pakai resolusi bersifat menyeluruh itu yang bertujuan mengetatkan lagi sekatan terhadap Daesh dan menghalang aliran hasilnya.

Resolusi itu menyeru kerajaan supaya memastikan mereka menggunakanundang-undang yang menjadikan pembiayaan Daesh dan pejuang luar yang menyertai kumpulan militan itu sebagai kesalahan jenayah yang serius, kata laporan itu.

Dirangka PBB dan sekutu Syria, Rusia, langkah itu mengemaskinikan satu resolusi sebelum ini yang menyenaraihitamkan Al-Qaeda dan menamakannya sebagai 'senarai sekatan ISIL (Daesh) dan Al-Qaeda' bagi mencerminkan fokus PBB yanglebih serius terhadap pelampau IS, menurut laporan agensi berita itu.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Rangka Kerja komprehensif , pengganas

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan