Tiada Draf Laporan 1MDB Disiapkan Setakat Ini - Audit Negara

Diterbitkan: Jumaat, 18 Disember 2015 8:31 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Audit Negara berkata tiada draf laporan yang telah disiapkan setakat ini kerana pengauditan terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB) masih lagi dijalankan.

Jabatan Audit Negara mengeluarkan satu kenyataan pada Jumaat untuk menjelaskan kedudukan terkini berikutan satu artikel oleh The Wall Street Journal yang mengaitkan dakwaan terhadap 1MDB dengan draf laporan pengauditan.

"Jabatan telah dimaklumkan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dalam mesyuarat pada hari ini bahawa Laporan Akhir Pengauditan 1MDB oleh jabatan telah dijadualkan untuk dibentangkan kepada PAC pada bulan Februari 2016,"katanya.

Jabatan tersebut juga akan memastikan laporan akhir itu dapat disiapkan mengikut jadual. -Bernama

Tags / Kata Kunci: 1MDB , Audit Negara , PAC

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan