Abdul Rahim Nik Dilantik CEO MTC

Diterbitkan: Jumaat, 18 Disember 2015 9:56 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas pegawai kanan kerajaan Datuk Dr Abdul Rahim Nik dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif Majlis Perkayuan Malaysia (MTC), berkuat kuasa 16 November, menggantikan Datuk M Nagarajan. 

MTC dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, Abdul Rahim, bekas timbalan ketua setiausaha (alam sekitar) Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, akan meneruskan usaha majlis itu untuk menggalakkan pertumbuhan perdagangan dan industri kayu Malaysia. 

Pengerusi MTC, Datuk Wee Jeck Seng berkata pengalaman Abdul Rahim meletakkan beliau di kedudukan yang baik untuk merangsang industri dalam menangani cabaran.

"Kami mengalu-alukan sumbangan Abdul Rahim untuk meningkatkan lagi kepentingan industri kayu Malaysia dan menjadikan Malaysia sebagai pengeksport utama produk kayu tokokan nilai," katanya. 

Abdul Rahim memulakan kerjayanya pada 1981 sebagai pegawai penyelidik di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia yang bertanggungjawab dalam penyelidikan hidrologi dan legeh.   

Pencapaian utama beliau termasuk menganggotai lembaga pengarah organisasi kerajaan, separa kerajaan, profesional dan organisasi bukan kerajaan.

Abdul Rahim juga berkhidmat sebagai ahli majlis antarabangsa International Union of Forestry Research Organisation yang berpangkalan di Vienna sejak 2010.

Beliau menerbitkan lebih 100 kertas kerja teknikal dan separa teknikal dalam jurnal saintifik dan menyunting lebih 15 buku.-Bernama

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan