Suspek Tembak Rakyat Malaysia Di Narathiwat Dikenal Pasti

Diterbitkan: Khamis, 17 Disember 2015 11:42 PM

Mohamad Shahridwan, 24, rakyat Malaysia yang menjadi mangsa kes tembakan pada Isnin lalu masih dalam keadaan koma dan terlantar di Hospital Narathiwat Rachanakarin. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

NARATHIWAT: Polis Narathiwat mengenal pasti dua suspek yang menembak seorang rakyat Malaysia dan isterinya Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Muang Narathiwat, Kolonel Polis Manit Yimsai berkata, pihaknya masih mengumpul bukti sebelum mengeluarkan waran tangkap ke atas kedua-dua suspek secepat mungkin.

Beliau juga berkata, motif kejadian dipercayai berpunca daripada masalah peribadi.

Mohamad Shahridwan, 24, dari Kelantan dilapor masih lagi koma dan memerlukan alat bantuan pernafasan di Hospital Narathiwat Rachanakarin.

“Semalam keadaan dia tak stabil. Semua ahli keluarga dia dipanggil masuk bilik wad dan kami membaca ayat Yasin untuknya.

"Dia kemudiannya kelihatan lebih baik walaupun masih tak sedar diri. Pak Cik berharap dia dipanjangkan umur kerana dia adalah satu-satunya anak yang prihatin kepada keluarga dan menjadi harapan kami,” kata bapanya Ismail Hamat, 66.

Shahridwan merupakan anak kelapan daripada 10 adik beradik.

Dia bekerja menggali telaga di Kota Baharu dan berkahwin dengan warga Thailand hampir setahun lalu dan turut membantu isterinya berniaga pakaian.

Sementara itu isterinya Pochanee Pachara, 38, berkata, beliau dan suaminya tidak pernah mempunyai masalah dengan sesiapa.

“Sekarang apa yang saya bimbang ialah mengenai perbelanjaan hospital. Oleh kerana dia warga asing maka bayaran rawatan agak mahal," katanya.

Beliau turut memohon kepada pihak berkuasa agar mempercepatkan usaha mencari mereka yang menembak suaminya. 

Pochanee juga berkata pas sempadan suaminya hampir tamat tempoh dan memohon agar Pejabat Konsulat Malaysia di Songkhla supaya menguruskan hal itu. - Bernama

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan