Banjir Di Selangor Dan Melaka Semakin Pulih

Diterbitkan: Khamis, 17 Disember 2015 12:17 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Selangor dan Melaka semakin baik dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan di negeri masing-masing berkurangan, setakat 10.30 pagi ini.

Di Selangor, mangsa yang berada di tujuh pusat pemindahan menurun kepada 462 orang daripada 124 keluarga, berbanding 621 mangsa daripada 157 keluarga, setakat pukul 9 malam Rabu.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Mohd Sani Harul, pusat pemindahan di Dewan Merak, Sek Menengah Kebangsaan Meru, Klang merekodkan jumlah mangsa teramai iaitu 129 orang daripada 30 keluarga.

Mangsa lain ditempatkan Balai Raya Kampung Parit Mahang, Kuala Selangor (115 orang), Sekolah Kebangsaan Sultan Abdul Samad, Kapar (62 orang) dan Dewan Orang Ramai Genting Sanyen, Sepang (49 orang), surau Ladang Tuan Mee, Kuala Selangor (32 orang), Sekolah Rendah Pasangan, Kampung Asahan, Kuala Selangor (51 orang) dan balai raya Bukit Kuching, Kuala Selangor (24 orang), katanya.

Di Melaka, sebanyak 118 mangsa banjir daripada 27 keluarga masih berada di Pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Beliming Dalam, Alor Gajah iaitu berkurangan berbanding 121 mangsa daripada 28 keluarga setakat 8 malam tadi.

Di Perak, jumlah mangsa banjir kekal sebanyak 38 orang daripada sembilan keluarga.

Setiausaha Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri Kolonel (PA) Mohd Noor Hassan Ashari berkata kesemua mangsa yang berasal dari Kampung Padang Serai, Batu Hampar, Beruas itu ditempatkan di Sekolah Agama Rakyat Radhuaniah.

"Mereka terdiri daripada sembilan lelaki dewasa, 12 perempuan dewasa, tujuh kanak-kanak lelaki dan 10 kanak-kanak perempuan," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Tags / Kata Kunci: Banjir , Selangor

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan