Wahid: Kerajaan Sedia Kaji Bajet 2016 Jika Harga Minyak Kekal Rendah

Diterbitkan: Khamis, 17 Disember 2015 3:40 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Wahid Omar berkata kerajaan akan mengkaji semula Bajet 2016 jika harga minyak terus kekal rendah.

Sebelum ini Bajet 2016 dirancang berdasarkan andaian bahawa minyak mentah Brent adalah pada purata AS$48 setong tahun depan.

Namun pada tengah hari Khamis, ia diniagakan sekitar AS$37 setong.

"Kerajaan perlu mengoptimumkan rancangan pengembangan di negara ini sekiranya harga minyak terus kekal rendah," katanya.

Jelas beliau ia termasuk mengkaji semula beberapa projek yang telah diumumkan.

Tags / Kata Kunci: Wahid Omar , Bajet 2016

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan