Berita Kematian Jins Shamsudin Palsu - Berita Semasa | mStar

Berita Kematian Jins Shamsudin Palsu

Diterbitkan: Khamis, 17 Disember 2015 12:02 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Berita kematian seniman yang juga bekas senator, Tan Sri Dr Jins Shamsudin adalah palsu, demikian menurut Presiden Persatuan Seniman Malaysia Zed Zaidi pada Khamis.

"Saya dimaklumkan oleh keluarga beliau, Jins Shamsudin berada di Temerloh ketika ini. Beliau sudah lama menghidap Alzheimer dan dalam jagaan rapi  keluarganya," katanya.

Beliau kecewa dengan penyebaran berita palsu berkenaan dan berharap pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sebagai pihak bertanggungjawab mengambil tindakan terhadap laman blog yang mengeluarkan berita palsu sedemikian.

"Janganlah menjadi pemberita yang tak bertauliah dan terlalu mengejar rating dengan berlumba untuk mengeluarkan berita terpantas tanpa pengesahan daripada pihak yang berkaitan...jagalah sensitiviti ahli keluarga mereka," katanya.

Katanya, orang ramai boleh mendapatkan maklumat sahih mengenai perkembangan selebriti melalui laman facebook Persatuan Seniman Malaysia di www.facebook/PersatuanSenimanMalaysia atau twitter di www.twitter/senimanmalaysia.

Tags / Kata Kunci: Jins Shamsudin , Seniman
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan