Terengganu Perhalusi Peraturan Sedia Ada Kawal Penjualan Vape

Diterbitkan: Rabu, 16 Disember 2015 9:08 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri Terengganu sedang memperhalusi peraturan sedia ada dalam mengawal aktiviti penjualan vape atau rokok elektronik sebelum sebarang keputusan muktamad dibuat.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata bagaimanapun kerajaan negeri tidak berhasrat mengharamkan penjualan vape buat masa ini.

"Kami juga terikat dengan peraturan daripada kerajaan Pusat agar tidak timbul pertindihan," katanya.

Beliau berkata demikian pada Rabu ketika ditanya sama ada Terengganu akan mengikut langkah kerajaan negeri Kelantan mengharamkan penjualan vape bermula Januari tahun depan.

Kelantan ialah negeri kedua mengharamkan penjualan vape selepas Johor. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: vape , Terengganu

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan