Selangor Sedia Peruntukan RM80 Juta Atasi Banjir

Diterbitkan: Rabu, 16 Disember 2015 8:47 PM

Mohamed Azmin Ali.

(Ubah saiz teks)

KLANG: Kerajaan Selangor meluluskan peruntukan sebanyak RM80 juta tahun depan bagi mengatasi masalah banjir kilat di negeri berkenaan.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata peruntukan itu meningkat sebanyak RM33 juta berbanding hanya RM47 juta disediakan tahun ini.

Beliau berkata peruntukan itu adalah bagi pembinaan kolam tadahan dan benteng penghadang banjir termasuk di sekitar Shah Alam seperti di Stadium Shah Alam, Bukit Jelutong dan Alam Perdana.

"Masalah banjir kilat ini turut dikenal pasti berpunca daripada perbalahan antara pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri, siapa yang sepatutnya menanggung kos menyelenggara kolam tadahan.

"Hasil perbincangan, akhirnya kita bersetuju menyerahkan kuasa menyelenggara kolam itu diberikan kepada JPS," katanya kepada pemberita selepas melawat pusat penempatan mangsa banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Meru di sini, Rabu.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul dalam satu kenyataan, berkata setakat 5 petang tadi, seramai 612 mangsa banjir masih ditempatkan di tujuh pusat pemindahan.

"Dua pusat pemindahan mencatat jumlah mangsa paling ramai iaitu di Dewan Merak, Sekolah Kebangsaan Meru, Klang seramai 208 mangsa, dan di Sekolah Kebangsaan Parit Mahang, Kuala Selangor sebanyak 147 mangsa membabitkan 35 keluarga.

"Jumlah mangsa banjir di negeri ini setakat petang tadi, bagaimanapun  berkurangan berbanding pagi tadi seramai 660 mangsa," kata Mohd Sani. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Mohamed Azmin Ali , banjir , Selangor

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan