Isu Peruntukan Kerusi Di Sarawak Diselesai Sebelum Pilihan Raya Negeri - Adenan

Diterbitkan: Rabu, 16 Disember 2015 10:32 PM

Adenan Satem.

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Isu peruntukan kerusi kepada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Bersatu (UPP), Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras) akan diselesaikan dengan sewajarnya sebelum berlangsungnya pilihan raya negeri.

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem berkata sekiranya parti terlibat tidak dapat mencapai kompromi, sebagai pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, beliau perlu membuat keputusan tegas untuk mengemukakan satu pasukan kuat dan bersatu pada pilihan raya itu.

Katanya, beliau tidak mahu berlaku pertandingan tiga penjuru di sesuatu kawasan kerana ia akan hanya mengelirukan pengundi untuk membuat pilihan.

Beliau berkata berbeza dengan pada tahun 1980-an apabila BN hanya perlu berdepan dengan beberapa "calon Bebas bodoh", kali ini, ia akan berdepan dengan DAP dan PKR.

"Mereka perlu dipandang lebih serius berbanding beberapa "calon Bebas bodoh"," kata Adenan pada sidang akhbar selepas penanggguhan persidangan Dewan Undangan Negeri, di pejabatnya di sini petang Rabu.

Perpecahan dalam SUPP dan SPDP melahirkan UPP dan Teras yang "mesra BN". - BERNAMA


iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan