Pasangan Raja Sehari Diarak Lori Tiga Tan Ditarik Ahli Bina Badan

Diterbitkan: Rabu, 16 Disember 2015 6:58 PM

(Ubah saiz teks)

PENDANG: Pasangan raja sehari di Kampung Chegar, di sini menjadi tumpuan ramai apabila diarak sejauh 20 meter menaiki sebuah lori tiga tan yang ditarik oleh seorang ahli bina badan.

Lori dinaiki pasangan pengantin Muhamad Khairul Izuan Yunos, 28, dan Khansak Mohamad Shafir, 27, itu telah ditarik oleh Mohamad Faizal Mohamad Najib, 32, yang merupakan jurulatih kecergasan gimnasium disertai Khansak.

Khansak, seorang jururawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) berkata beliau memperoleh idea perarakan sempena perkahwinannya itu setelah berbincang dengan Mohamad Faizal yang juga merupakan jurulatihnya.

"Idea ini datang dua bulan sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan dan saya gembira kerana konsep yang kami buat ini berlainan berbanding konsep-konsep yang sedia ada.

"Apabila saya mengemukakan idea tersebut, beliau terus bersetuju kerana saya merupakan salah seorang anggota yang paling awal menyertai kelab gimnasium miliknya sejak ia ditubuhkan pada tahun 2013," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Khansak berkata sejak menyertai gimnasium tersebut, beliau berjaya menurunkan berat badannya yang sebelum ini mencecah 75kg kepada 50kg hasil tunjuk ajar daripada jurulatihnya.

Sementara itu, Mohamad Faizal yang merupakan pemilik Monster Fitness Gym di Mergong, Alor Setar berkata sebagai persiapan untuk menarik lori tiga tan itu beliau melakukan latihan intensif selama dua minggu.

Bagaimanapun, ini bukanlah kali pertama beliau menarik lori tiga tan, katanya.

"Pada tahun lepas, saya telah menarik lori bomba seberat 20 tan semasa menyertai Labuan Strongestman Challenge dan berjaya berada dalam kelompok 10 teratas," katanya.

Beliau yang juga merupakan bekas chef dan pernah berkhidmat di Menara Alor Setar mula terlibat dalam dunia bina badan sejak empat tahun lepas dan merupakan Setiausaha Malaysia Strongest Association.

Mohamad Faizal juga aktif dalam sukan ragbi yang diceburinya sejak di bangku persekolahan, sebelum memutuskan untuk membuka sebuah gimnasium yang kini memiliki 300 keanggotaan. - BERNAMA


Tags / Kata Kunci: pengantin , ahli bina badan

iklan

Video

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan