Pembuat Bom Warga Malaysia Dipercayai Terbunuh Di Basilan

Diterbitkan: Rabu, 16 Disember 2015 11:15 AM

Mohd Najib Hussein yang turut dikenali sebagai Abu Anas. Foto Bukit Aman

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Seorang pemilik kedai warga Malaysia yang kemudiannya menjadi pembuat bom dikaitkan dengan kumpulan militan Negara Islam (IS) dipercayai merupakan antara 13 lelaki bersenjata Abu Sayyaf yang terbunuh dalam satu pertempuran dengan pasukan tentera Filipina di pulau Basilan.

Laporan awal mendakwa rakyat Malaysia itu merupakan Mohd Najib Hussein, 38, atau Abu Anas yang merupakan individu utama bersama-sama pensyarah Universiti Malaya (UM), Profesor Dr Mahmud Ahmad atau Abu Handzalah yang bersembunyi dengan Abu Sayyaf di selatan Filipina.

Walaupun tiada pengesahan rasmi dari laporan awal risikan berikutan mayat mereka yang terbunuh belum dijumpai, sumber Filipina berkata, seorang pengganas warga Malaysia yang terlibat mengendalikan kilang "IED SME" (perusahaan kecil dan sederha, alat letupan rekaan) berada dalam kawasan Abu Sayyaf semasa serangan tentera pada Selasa.

Najib yang memiliki kedai fotostat dan alat tulis di UM, Petaling Jaya melarikan diri bersama Dr Mahmud, 36, kakitangan Majlis Perbandaran Selayang, Muhammad Joraimee, 39, dan beberapa lagi suspek pengganas IS pada Julai tahun lalu.

Bersama-sama mereka ialah penduduk Sabah, Mohd Amin Baco, 31, dan Jeknal Adil, 30. Mereka dikenali sebagai pembuat bom menggunakan tempat persembunyian di Basilan dan pulau Jolo sebagai pangkalan untuk operasi IS di Asia Tenggara.

The Philippine Daily Inquirer melaporkan seramai 13 perompak Abu Sayyaf dan dua tentera terbunuh dalam pertempuran di Al Barka, Basilan pada pukul 5 petang Selasa, manakala 10 tentera lain cedera.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan