Kuasa Autonomi Akan Lonjakkan IPT Lebih Sistematik, Berdaya Saing

Diterbitkan: Rabu, 16 Disember 2015 8:17 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan mahu lebih banyak institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini mempunyai kuasa autonomi dalam usaha menjadikan institusi berkenaan lebih sistematik dan berdaya saing, kata Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Seri Dr Zaini Ujang.

Beliau berkata, kuasa autonomi tersebut merangkumi urus tadbir, kewangan, sumber manusia dan pengurusan akademik.

"Kita mahu lebih banyak universiti berautonomi iaitu membuat keputusan sendiri kerana universiti-universiti di luar negara sudah ada autonomi masing-masing.

"Di Malaysia, institusi pengajian tinggi masih terikat kepada agensi pusat iaitu perlu mendapat kebenaran dengan KPT...KPT pula perlu mendapat kebenaran daripada Kementerian Kewangan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucap tama pada Majlis Persidangan Kepimpinan dan Governan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kali kedua di sini, Selasa malam.

Zaini berkata, negara-negara Asean lain turut mengaplikasikan sistem autonomi termasuk Singapura sehingga membolehkan institusi pengajian tinggi di negara berkenaan membayar gaji lebih tinggi kepada kakitangan akademik. 

Persidangan anjuran Universiti Malaya dan Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) itu, bertujuan mengenal pasti kaedah terbaik yang boleh digunakan universiti awam, swasta dan universiti negara Asean bagi memastikan kualiti pendidikan memenuhi permintaan global dan meningkatkan reputasi sesebuah IPT.

Sepanjang tiga hari persidangan itu bermula Selasa, seramai 17 anggota panel daripada universiti tempatan dan negara Asean akan berkongsi kepakaran dalam bidang masing-masing. - Bernama

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan