Jambatan Tun Salahuddin Bebas Tol Mulai 1 Januari Depan

Diterbitkan: Rabu, 16 Disember 2015 11:32 PM

Jambatan Tun Salahuddin.

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Pengguna yang melalui Jambatan Tun Salahuddin tidak perlu lagi membayar tol bermula 1 Januari depan.

Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem mengumumkan bahawa jambatan yang menyeberangi Sungai Sarawak itu akan diisytihar bebas tol pada tengah malam 31 Disember ini.

"Kami menjangkakan orang ramai berkumpul di sepanjang jambatan tersebut pada 1 Januari untuk meraikan hari di mana laluan tersebut bebas tol," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, Rabu.

Pemansuhan tol tersebut merupakan satu daripada beberapa keputusan penting dibuat Adenan sejak beliau mengambil alih jawatan ketua menteri pada tahun lalu.

Bayaran tol di Jambatan Lanang di Sibu dan Jambatan Asean di Miri turut dihapuskan awal tahun ini.

Adenan memberitahu pemberita bahawa kerajaan negeri berjaya mengadakan rundingan mengenai pemansuhan tol di Jambatan Tun Salahuddin dengan syarikat konsesi tol Zecon Sdn Bhd.

Beliau berkata pemansuhan tol itu tidak melibatkan sebarang bayaran pampasan.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan