Hari Keluarga mStar Online Meriah

Diterbitkan: Rabu, 16 Disember 2015 11:56 AM

Sebahagian daripada kakitangan editorial mStar Online.

(Ubah saiz teks)

PORT DICKSON: Hari keluarga mStar Online yang diadakan pada Ahad lalu disambut meriah dengan kehadiran kakitangan dan anggota keluarga masing-masing.

Timbalan Pengarang Berita mStar Online, Norfatimah Ahmad berkata, aktiviti riadah yang julung kali diadakan itu bertujuan mengeratkan hubungan yang sedia terjalin antara barisan editorial mStar Online.

Pemenang tiket penerbangan sumbangan AirAsia.
Beliau yang juga pengerusi jawatankuasa penganjur program berkenaan berharap hubungan mesra antara semua kakitangan mStar Online yang terjalin selama ini dapat diperkukuhkan bagi kelancaran operasi bilik berita.

Hadir sama dalam program berkenaan ialah Editor Hiburan, Niezam Abdullah dan Penolong Editor Berita, Zainal Azhar Mohamed.

Program yang diadakan sempena ulang tahun ke-10 mStar Online itu diserikan dengan pelbagai aktiviti termasuk sukaneka keluarga, jamuan makan malam dan pertandingan karaoke.

Peserta bertuah bersama hadiah yang dimenangi mereka pada majlis jamuan makan malam bertemakan 'Malam Ini Kami Punya'.
Paling mencuri tumpuan ialah aktiviti cabutan bertuah sumbangan pelbagai pihak antaranya ialah tiket penerbangan ke Bangkok, Bali dan Ho Chi Minh sumbangan syarikat penerbangan AirAsia, tiket Grand Stand Formula 1 sumbangan Sepang International Circuit Sdn Bhd, bar emas sumbangan Faidh Jewellery dan baucar penginapan sumbangan Lexis Hotels & Resorts Sdn Bhd.

Selain itu pemenang hadiah cabutan bertuah turut menerima baucar penginapan di Lanjut Golden Beach & Golf Resort sumbangan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan pelbagai barangan elektrik sumbangan Pengarah Urusan Nouvelles Visages, Erni Dekritawati Yuliana Buhari dan Media Prima Berhad.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan