Ambil Tindakan Terhadap Lelaki Ugut Noor Farida - Wanita MCA

Diterbitkan: Rabu, 16 Disember 2015 10:50 PM

Noor Farida Ariffin.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Wanita MCA menggesa pihak berkuasa supaya mendakwa seorang lelaki yang mengancam melakukan serangan seksual terhadap jurucakap G25, Datuk Noor Farida Ariffin.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, Ketua Wanitanya, Datuk Heng Seai Kie mengkritik tindakan lelaki tersebut, Shahrul Nizam Ab Rahim kerana mengugut untuk memecah masuk ke dalam rumah Noor Farida dan melakukan serangan seksual terhadapnya.

Shahrul Nizam memuat naik kenyataan berbaur ugutan itu di laman Facebooknya pada minggu lalu sebagai respons terhadap gesaan G25 untuk mengkaji semula undang-undang Syariah mengenai khalwat.

"Ancaman sedemikian tidak harus dipandang ringan. Ia bukan sahaja satu penghinaan terhadap Noor Farida tetapi turut menjejaskan imej kaum wanita di luar sana," kata Heng.

Beliau berkata ugutan Shahrul Nizam menghina Islam yang dianggap sebagai agama yang menghormati martabat wanita.

Menurutnya, walaupun rakyat Malaysia hidup dalam sebuah negara demokrasi, mempunyai kebebasan untuk tidak bersetuju dengan sebarang kenyataan berbaur ugutan.

"Saya menggesa polis dan pihak berkuasa berkaitan supaya mengambil tindakan terhadap Shahrul Nizam.

"Apa imej yang kita cerminkan kepada dunia sekiranya membenarkan Shahrul terlepas daripada dikenakan sebarang tindakan," kata Heng.

Jelas beliau lagi, tiada siapa perlu tunduk berdiam diri untuk menyatakan pandangan mereka dan 'taktik buli' itu perlu dihentikan.

Malah, katanya kekerasan tidak harus digunakan untuk mempertahanan budaya dan agama kaum lain.

Tags / Kata Kunci: Noor Farida Ariffin , G25 , khalwat , MCA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan