Amanah Sedia Pertahan Mat Sabu Untuk Lawan PAS

Diterbitkan: Rabu, 16 Disember 2015 1:49 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Parti Amanah Negara (Amanah) akan mempertahankan Presiden parti itu, Mohamed Sabu sekiranya PAS mengambil tindakan Undang-Undang terhadap kenyataan yang dikeluarkan beliau baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, Pengerusi Biro Undang-Undang Amanah, Datuk Mohd Hanipa berkata, pihaknya menghormati hak pelbagai pihak termasuk PAS untuk mengemukakan tindakan saman malu terhadap parti itu atau pemimpinnya.

"Saya ingin menegaskan bahawa terdapat banyak juga tuduhan liar, tidak berasas dan fitnah telah ditujukan terhadap pemimpin Amanah termasuk oleh beberapa pemimpin PAS.

"Amanah berhak memfailkan tuntutan balas sekiranya PAS masih mahu menjadikan mahkamah sebagai medan pertempuran," katanya.

Mohd Hanipa pada masa sama turut mengingatkan PAS bahawa parti itu tidak menjadi musuh politik Amanah.

Pada Selasa sebuah akhbar berbahasa Malaysia melaporkan PAS Pulau Pinang akan mengambil tindakan undang-undang terhadap presiden Amanah berikutan tuduhan melampau bahawa 'PAS diresapi ideologi IS' iaitu sebuah kumpulan militan yang berpangkalan di Syira dan Iraq.

Tags / Kata Kunci: PAS , Amanah

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan