Uber Malaysia Bincang Dengan Agensi Kerajaan Tambah Baik Pengangkutan Bandar

Diterbitkan: Selasa, 15 Disember 2015 5:02 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyedia perkhidmatan pengangkutan bandar, Uber Malaysia, sentiasa bertemu dan berbincang dengan pelbagai agensi kerajaan termasuk Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, untuk menambah baik pengangkutan bandar.

Pengurus Besarnya, Leon Foong berkata, perbincangan itu produktif dan tertumpu kebanyakannya kepada kepentingan pengguna dan orang ramai, keselamatan serta bagaimana menjadikan perkhidmatan pengangkutan awam lebih dipercayai.

"Semuanya berjalan dengan baik dan kami berharap mendapat penyelesaian yang memberi manfaat kepada pengangkutan bandar," katanya kepada pemberita selepas berucap pada perbincangan panel mengenai 'Industri Vs Siswazah: Jangkaan Tidak Sepadan' di sini, Selasa.

Foong, yang enggan menjelas lebih lanjut berkata, masih terlalu awal untuk membuat spekulasi mengenai kemungkinan hasil daripada perbincangan itu.

Meskipun beberapa pengusaha teksi meminta kerajaan mengharamkan perkhidmatan Uber, Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Abdullah Serigar baru-baru menggalakkan pengusaha teksi bekerjasama dengan perkhidmatan teksi alternatif seperti Uber untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada penumpang di bandar raya utama di seluruh negara.

Pada 4 Disember lalu, Mohd Irwan dilaporkan sebagai berkata model perniagaan Uber membolehkan rakyat Malaysia menjana pendapatan tambahan terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah dan ini sejajar dengan usaha kerajaan untuk mencapai ekonomi berpendapatan tinggi.

Majlis pada Selasa yang dianjurkan oleh INTI International University  and  Colleges, mendedahkan dapatan kaji selidik yang dijalankannya mengenai jangkaan tidak sepadan antara industri dan siswazah dari segi kemahiran dan gaji.

Ketua Pegawai Eksekutif INTI, Rohit Sharma, berkata ibu bapa dan pelajar mengharapkan gaji permulaan RM3,400 manakala purata pasaran ialah antara  RM2,100 and RM2,500.

"Terdapat juga jurang ketara dalam kepentingan yang diletakkan bagi kemahiran komunikasi, dengan 55 peratus majikan menyatakan ini sebagai kemahiran insaniah paling kritikal manakala hanya kurang daripada separuh pelajar yang dikaji meletakkan kepentingan yang sama bagi kemahiran komunikasi," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Uber Malaysia , SPAD , pengangkutan bandar

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan