Harga Gas Berpaip Di Semenanjung Masih Dijual Bawah Harga Pasaran - TNB

Diterbitkan: Selasa, 15 Disember 2015 8:30 AM

Tan Sri Leo Moggie (tengah) bersama Presiden dan Ketua Eksekutif ,Datuk Sri Ir.Azman Mohd (kanan) dan Ketua Pegawai Kewangan,Fazlur Rahman Zainuddin menjawab pertanyaan pemberita semasa sidang akhbar Masyuarat Agung Tahunan TNB ke 25, Isnin. -fotoUTUSAN

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Harga gas berpaip di Semenanjung Malaysia yang akan dinaikkan sebanyak RM1.50/mmBtu dari Januari hingga Julai 2016, masih di bawah harga pasaran, kata Pengerusi Tenaga Nasional Bhd (TNB) Tan Sri Leo Moggie.

Bagaimanapun, di bawah perjanjian antara TNB dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas), gas dibekalkan pada harga RM15.20/mmBtu untuk 1,000 juta kaki padu standard sehari (mmscfd) yang pertama berbanding harga pasaran gas asli cecair (LNG) pada RM46.041 yang disebut harga oleh Petronas untuk tempoh Oktober hingga Disember 2014.

Beliau berkata di bawah program rasionalisasi subsidi kerajaan, harga gas berpaip akan disemak semula secara beransur-ansur setiap enam bulan hingga ia mencapai harga pasaran.

"Bagaimanapun, pada masa ini ia masih diberi subsidi (oleh kerajaan)," katanya pada sidang media selepas mesyuarat agung tahunan TNB, di sini Isnin.

Awal bulan ini, kerajaan mengumumkan harga gas berpaip bagi Semenanjung Malaysia dinaikkan sebanyak RM1.50/mmBtu kepada RM18.20/mmBtu bagi Januari-Julai 2016, daripada RM16.70/mmBtu untuk tempoh Julai-Disember 2015.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Seri Ir Azman Mohd berkata secara keseluruhannya masih ada rebat.

"Menjelang Julai depan, saya rasa kerajaan akan semak semula jumlah penjimatan kita dan ini akan diterjemah kepada rebat tarif baharu," katanya.

Mengenai pengumuman rebat tarif elektrik baru-baru ini, beliau berkata kerajaan akan melakukan semakan semula setiap enam bulan.

"Kita masih dapat berjimat kerana harga minyak jatuh dan harga arang batu juga turun agak banyak...namun anda mesti ambil kira kadar pertukaran asing yang turut menjadi faktor dalam harga arang batu.

"Harga arang batu tidak turun serendah yang kami mahukan disebabkan kelembapan ringgit namun ia masih di bawah paras yang ditetapkan untuk asas harga tarif.

"Kita semakin kurang menggunakan tenaga, justeru menurunkan kos penjanaan bahan api dan ini merupakan komponen yang kita boleh beri rebat," katanya.

Selasa lepas, kerajaan mengumumkan rebat tarif elektrik bagi Semenanjung Malaysia ialah RM1.52 sen/kWh berbanding 2.25 sen/kWh dari Julai hingga Disember tahun ini, hasil penjimatan kos bahan api dan Pelepasan Kos Ketidakseimbangan (ICPT) sebanyak RM762.03 juta bagi tempoh Julai-Disember tahun ini. 

Penjimatan adalah hasil harga LNG lebih rendah di pasaran global serta penambahbaikan kecekapan loji berkuasakan gas dan arang batu.
Tags / Kata Kunci: TNB , Tan Sri Leo Moggie , gas berpaip

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan