Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 Diluluskan

Diterbitkan: Selasa, 15 Disember 2015 11:22 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 diluluskan di Dewan Negara malam Selasa selepas hangat dibahaskan sejak 7 Disember lepas.

Perbahasan rang undang-undang tersebut menarik perhatian kira-kira 20 anggota Senator Dewan Negara yang berbahas mengenai pelbagai isu semasa yang sebelum ini turut mendapat perhatian anggota Dewan Rakyat.

Sebelum itu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Johari Abdul Ghani membentangkan rang undang-undang untuk bacaan kali ketiga yang kemudiannya disokong Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah Mohd Sadique.

Rang kemudian diluluskan kira-kira 10.10 malam Selasa di hadapan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Doris Sofia Brodi.

Rang undang-undang itu sebelum ini dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 23 Oktober lepas di Dewan Rakyat dan diluluskan pada peringkat dasar pada 16 November lepas.

Ia kemudian dibahaskan di peringkat jawatankuasa selama sembilan hari bermula 17 November sebelum diluluskan di hadapan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Rang undang-undang berkenaan kemudian dibawa dan dibahaskan di Dewan Negara.

Rang undang-undang itu bertujuan memperuntukkan RM267.22 bilion untuk perbelanjaan kerajaan tahun depan.

Persidangan Dewan Negara bersambung Rabu. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: RUU Perbekalan 2016 , Dewan Rakyat

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan