Projek Kereta Api Laju KL-Singapura Peroleh Momentum

Diterbitkan: Selasa, 15 Disember 2015 11:25 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sejumlah 14 syarikat telah dijemput oleh pegawai-pegawai dari Malaysia dan Singapura untuk membentangkan pandangan secara terperinci mengenai projek Kereta Api Laju (HSR) Kuala Lumpur-Singapura.

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, projek ini sudah sampai ke tahap di mana terdapat 'banyak minat dan kepentingan' ditunjukkan.

Beliau mendedahkan bahawa suruhanjaya itu menerima lebih daripada 220 pertanyaan ketika peringkat permintaan maklumat (RFI).

"Sebanyak 98 buah syarikat membuat penghujahan bertulis mengemukakan idea mereka bagaimana projek itu perlu dilaksanakan. Dan kami menjemput 14 syarikat untuk memberi pandangan yang mendalam secara peribadi," kata Syed Hamid semasa simposium Keretapi Berkelajuan Tinggi China di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Isnin.

Beliau berkata temuduga juga dijalankan oleh SPAD dan Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat Singapura.

Pembangunan Pengangkutan Berorientasi - yang mencampurkan kawasan perumahan dan komersil direka untuk memaksimumkan akses kepada pengangkutan awam akan dilaksanakan di sepanjang laluan HSR, kata Syed Hamid.

"Saya percaya projek HSR akan mengubah landskap pengangkutan dan akan membawa manfaat sosial ekonomi jangka panjang  kepada Malaysia dan Singapura," katanya.

Syed Hamid juga mengucapkan tahniah kepada China Railway Corporation, salah satu daripada 14 syarikat yang disenarai pendek, yang telah mengambil inisiatif untuk menjalankan simposium itu.

"China bukan sahaja telah menunjukkan minat tetapi juga menunjukkan mereka berharap untuk memenangi bidaan tersebut. Ini adalah sesuatu yang kita boleh katakan tentang syarikat-syarikat Cina, "katanya.

Syed Hamid berkata, China telah banyak menyumbang dalam industri pengangkutan di Malaysia.

"Sekarang kita mempunyai trek dari Kuala Lumpur hingga ke Sg Besar, semuanya menggunakan gerabak dari China. Kini LRT kita akan juga akan menggunakan gerabak daripada syarikat-syarikat Cina," katanya.

Beliau menambah bahawa China juga telah berjanji untuk bekerjasama dengan Akademi SPAD untuk menyemak semula modul dan kurikulum bagi meningkatkan kemahiran ahli-ahlinya.

Syed Hamid berkata Malaysia dijangka membelanjakan RM160 biliom dalam projek-projek keretapi termasuk laluan MRT, sambungan laluan LRT dan juga landasan berkembar dan elektrifikasi KTM.

China dan Jepun bersaing antara satu sama lain bagi projek-projek pembinaan HSR di seluruh dunia dan telah menunjukkan minat dalam projek itu di sini.
Tags / Kata Kunci: SPAD , HSR , KL-Singapura

iklan

Video

Khamis, 22 Jun 2017 3:00 PM

EKSKLUSIF! Wany Hasrita Cinta Eric Fuzi?

Khamis, 22 Jun 2017 12:12 PM

Sharifah Amani Pantang Kena Tegur?

Khamis, 22 Jun 2017 9:00 AM

Sayu... Air Mata Kerinduan Ir Radzi

Rabu, 21 Jun 2017 3:00 PM

Zul Ariffin Nak Balas Dendam?

Rabu, 21 Jun 2017 12:05 PM

Wow! Fauziah Latiff Masih 'Hot'

Rabu, 21 Jun 2017 9:30 AM

Bella Nazari Pernah Buat 'Kerja Gila'

Selasa, 20 Jun 2017 3:00 PM

Fathia Latiff Mangsa Komen Lucah

Selasa, 20 Jun 2017 12:00 PM

Kesiannya... Tajul Kesepian

Selasa, 20 Jun 2017 9:25 AM

Abam 'Recycle' Baju Raya

Kolumnis

iklan

Iklan