Masih Tiada Pertemuan Rasmi PAS-Umno: Hishammuddin

Diterbitkan: Selasa, 15 Disember 2015 8:46 PM

Hishammuddin Hussein.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Belum ada pertemuan rasmi di antara Umno dan PAS walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah membuka ruang bagi kedua-dua parti itu untuk menjalin kerjasama.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata: "Setakat ini tiada pertemuan rasmi diadakan antara kedua-dua pemimpin tetapi mungkin ada pemimpin (lain) kedua parti yang sudah berjumpa.

"Bagaimanapun, fokus utama buat masa ini adalah penyatuan dalaman parti.

"Yang penting bagi Umno ialah menjaga rumah tangga kita...kita kena pastikan bahawa Umno itu kuat...pemimpin-pemimpin parti bersatu dan di bawah tidak bercanggah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media selepas sambutan Hari Inovasi Kementerian Pertahanan Tahun 2015 di Auditorium Wisma Pertahanan di sini Selasa.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata aspirasi itu adalah selari dengan apa yang dimahukan perwakilan pada Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini.

"Kita mesti ada had dan batasan dalam berpolitik dan perkara yang menyentuh keselamatan, Islam dan kedudukan orang Melayu...saya rasa sudah tiba masanya untuk kita mengetepikan pertimbangan politik untuk agenda yang lebih besar," katanya.

Beliau berkata apa yang berlaku di dalam Umno adalah sebagai proses pendewasaan politik yang membina dan terserah kepada mana-mana pihak untuk menerimanya ataupun tidak. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Hishammuddin Hussein , Umno , PAS

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan