Malaysia Sertai Pakatan Ketenteraan Pimpinan Arab Saudi Tentang Keganasan

Diterbitkan: Selasa, 15 Disember 2015 1:00 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

DUBAI: Arab Saudi pada Selasa mengumumkan pembentukan pakatan ketenteraan 34 negara Islam untuk memerangi keganasan, demikian menurut satu kenyataan bersama yang disiarkan di agensi berita SPA.

"Negara-negara yang disebut di sini telah membuat keputusan mengenai pembentukan perikatan tentera yang diketuai oleh Arab Saudi untuk memerangi keganasan, dengan pusat operasi bersama berpusat di Riyadh untuk menyelaras dan menyokong operasi ketenteraan," kata kenyataan itu.

Satu senarai panjang negara-negara Arab seperti Mesir, Qatar, Emiriyah Arab Bersatu, bersama-sama dengan negara-negara Islam Turki, Malaysia, Pakistan dan Teluk Arab dan negara-negara Afrika telah disebut.

Pengumuman itu menyebut 'kewajipan untuk melindungi negara Islam daripada kejahatan semua kumpulan pengganas dan organisasi tanpa mengira mazhab dan menamakan mereka yang mendatangkan kematian terhadap mereka yang tak bersalah dan melakukan kerosakan di atas muka bumi dengan tujuan untuk mengganas.'

Dalam sidang akhbar yang jarang-jarang dilakukan, putera mahkota yang berusia 30 tahun dan Menteri Pertahanan Mohammed bin Salman memberitahu kepada pemberita pada Selasa bahawa kempen itu akan 'menyelaraskan' usaha untuk memerangi keganasan di Iraq, Syria, Libya, Mesir dan Afghanistan, tetapi menawarkan beberapa tanda-tanda konkrit bagaimana usaha tentera itu dapat diteruskan.

"Akan ada penyelarasan antarabangsa dengan kuasa-kuasa besar dan organisasi antarabangsa...dari segi operasi di Syria dan Iraq. Kita tidak boleh menjalankan operasi ini tanpa bekerjasama dengan penyelaras di tempat ini dan masyarakat antarabangsa," kata Mohammed tanpa mengulas lanjut.

Ditanya sama ada pakatan baru itu akan memberi tumpuan hanya pada Negara Islam, Mohammed berkata ia akan berdepan dengan bukan sahaja kumpulan tetapi 'mana-mana organisasi pengganas yang muncul di hadapan kita.'

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan