Berjalan Kaki Sejauh 1,640km Untuk Bukti Kemampuan

Diterbitkan: Selasa, 15 Disember 2015 10:31 AM

Sabri Ali

(Ubah saiz teks)

KEMAMAN: Umur tidak pernah menjadi penghalang untuk seseorang itu mendapatkan kepuasan peribadi.

Ini juga yang mahu dibuktikan Sabri Ali, 53, kepada anak dan cucunya serta generasi muda bahawa beliau mampu berjalan kaki sejauh 1,640km merentasi 12 negeri di semenanjung dalam masa 35 hari.

Sabri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Bukit Kuang di sini, telah memulakan perjalanannya pada 10 November lalu untuk memperkenalkan daerah dan negerinya kepada masyarakat yang lebih besar di luar Terengganu.

Walau bagaimanapun, ini bukan kali pertama Sabri melakukannya. Dia pernah melakukan perkara sama pada tahun lepas dengan berjalan di 12 buah negeri tetapi dalam masa 40 hari dengan jarak perjalanan 1,700km.


Bapa kepada tujuh orang anak dan 10 cucu ini berkata pengurangan dari segi bilangan hari (lima hari) dan jarak yang lebih pendek disebabkan penggunaan Peta Google.

"Kali ini, saya menggunakan Peta Google dan memilih laluan pejalan kaki yang sebenarnya telah membantu saya untuk mengurangkan masa perjalanan.

"Saya juga mahu membuktikan kepada rakyat bahawa usia bukan penghalang untuk mencapai impian atau memenuhi kepuasan anda," katanya selepas tiba di padang Astaka di Chukai sini kira-kira pukul 9 pagi Isnin.

Tambahnya, ramai anak muda hari ini tidak melakukan sebarang kerja keras atau susah untuk mencapai sesuatu justeru ramai yang cenderung untuk memberi atau mencari alasan.

"Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Jika seseorang itu benar-benar berhasrat untuk sesuatu maka bekerja keraslah ke arah itu. Insya-Allah, anda akan mencapainya," katanya sambil menambah ini adalah apa yang mahu dibuktikannya.

"Perjalanan ini adalah sukar, terdapat banyak halangan, sama ada perubahan cuaca yang kerap, hujan dan panas, anjing jalanan, tetapi dengan usaha dan keazaman, halangan mampu dilepasi," katanya.

Selain itu Sabri juga mahu membuktikan bahawa gaya hidup sihat dan senaman yang betul adalah penting bagi tubuh manusia.

"Bagi saya penting untuk mengekalkan gaya hidup yang sihat. Secara peribadi, saya bangun setiap pagi dan berjalan kaki sejauh 50km sehari pada pukul 7 pagi," katanya.
Tags / Kata Kunci: Sabri Ali , berjalan kaki

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan