Penyatuan Semula Pakatan Rakyat Tidak Dapat Kalahkan BN

Diterbitkan: Selasa, 15 Disember 2015 1:58 PM

Lim Kit Siang

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyatuan semula Pakatan Rakyat tidak akan dapat mengalahkan parti pemerintah pada pilihan raya umum akan datang, kata penasihat DAP Lim Kit Siang.

Beliau pada Selasa berkata walaupun keajaiban berganda dapat dilakukan dengan menyatukan semula DAP, PKR dan PAS, dan menyatukan semula PAS dengan Parti Amanah Negara, ia tidak cukup untuk mengalahkan Barisan Nasional (BN), walaupun parti pemerintah itu kini lebih 'rapuh dan lemah'.

"Ini kerana pada PRU ke-14 Pakatan Rakyat yang baharu akan berjuang untuk mendapatkan semula kerusi negeri dan Parlimen yang mereka telah kalah.

"Elemen paling penting yang membawa kepada 53 peratus sokongan popular untuk Pakatan Rakyat dalam PRU-13 akan hilang, yang merupakan kepercayaan mutlak dan keyakinan dalam PR kerana kepercayaan rakyat terhadap komitmen teguh daripada DAP, PKR dan PAS dalam rangka dasar bersama," katanya dalam blognya Selasa.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu menyamakan nasib bekas pakatan pembangkang itu dengan lagu kanak-kanak 'Humpty Dumpty’s great fall' mengatakan bahawa sama seperti Humpty Dumpty, tidak mungkin untuk Pakatan Rakyat bersama-sama sekali lagi.

Kit Siang berkata negara memerlukan kenderaan baharu untuk perubahan politik, dengan manyasarkan Amanah dan Pakatan Harapan dapat mengisi kekosongan politik di Malaysia.

Beliau berkata situasi di Malaysia bukanlah tentang menyelamatkan seorang individu atau parti politik, tetapi untuk kembali menunaikan janji untuk membentuk sebuah negara majmuk yang berjaya dengan rakyatnya bersatu dalam matlamat mereka untuk mencapai keadilan, kebebasan dan kemajuan.

"Pakatan Harapan harus berani mempunyai visi untuk semua rakyat Malaysia, untuk mencapai 'impian rakyat Malaysia' dan menyasarkan untuk mengambil alih Putrajaya bagi membentuk Kerajaan Persekutuan dan menang di sekurang-kurangnya enam negeri pada pilihan raya umum ke-14 untuk membentuk kerajaan, termasuk Perak," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan