Murid Tahun 4 Tak Pernah Beli Baju Sekolah Sejak Darjah 1 Gembira Terima Bantuan

Diterbitkan: Selasa, 15 Disember 2015 9:11 AM

Murid Tahun Empat, Sholi Dollah Mohd Yusuf gembira terima bantuan persekolahan.

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Seorang murid Tahun Empat, Sholi Dollah Mohd Yusuf tersenyum lebar apabila menerima bantuan wang tunai yang membolehkannya membeli baju sekolah baharu bagi menggantikan pakaian lama yang dipakainya sejak empat tahun lalu.

Murid SK Seri Budiman itu berkata, dia telah memakai pakaian seragam yang sama sejak darjah satu.

"Baju sekolah saya sudah buruk," kata Sholi yang bersyukur kepada Allah dan semua orang yang membantunya.

"Dengan duit bantuan ini, saya juga akan membeli sepasang baju sekolah untuk adik saya yang akan berada di tahun dua," kata Sholi ceria dan teruja.

Dia adalah antara 80 pelajar miskin yang menerima bantuan wang tunai untuk mereka membeli tiga pasang pakaian seragam sekolah setiap seorang.

Selain pakaian seragam, murid-murid itu juga menerima beg sekolah, buku dan alat tulis untuk penggal baru persekolahan yang bermula pada 3 Januari ini di Terengganu.

Bantuan tunai itu disediakan oleh Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad, sebuah pertubuhan berkaitan kerajaan yang membantu mengenal pasti 80 pelajar yang memerlukan bantuan dari empat buah sekolah - SK Seri Budiman, SK Tengku Ampuan Mariam, SK Losong dan SK Gong Tok Nasek - untuk program kembali ke sekolah.

Bagi Pengurus Besar Komunikasi dan Perancangan Korporat organisasi itu Abdul Adzim Abdul Hamid, pengalaman melihat wajah ceria dan kegembiraan murid-murid turut membuatkan beliau dan kakitangan lain gembira.

"Bagi kami, ia berjalan dengan baik. Kami telah melakukannya selama tujuh tahun berturut-turut untuk 80 pelajar di Kemaman, tetapi untuk kali pertama, kami telah melanjutkan program ke Kuala Terengganu.

"Setiap tahun, syarikat memperuntukkan RM100,000 bagi murid-murid dan kami membelanjakan kira-kira RM625 untuk setiap murid.

"Idea ini adalah untuk meringankan beban kewangan ibu bapa mereka dan untuk menyediakan permulaan yang baik kanak-kanak yang akan masuk sekolah semula," katanya.

Tambahnya, program ini telah memberi manfaat kepada kira-kira 640 pelajar sejak ia bermula tujuh tahun lalu.

Abdul Adzim berkata 80 pelajar dari empat buah sekolah di daerah Kemaman juga akan mendapat manfaat daripada program ini.

Sekolah tersebut ialah SK Kijal, SK Kemasek, SK Telok Kalong dan SK Kampung Chabang.

Tags / Kata Kunci: bantuan persekolahan , pelajar miskin

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan