Kawal Anjing Untuk Hindari Rabies - Exco Perlis

Diterbitkan: Isnin, 14 Disember 2015 11:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Pemilik anjing di Perlis dinasihat mengawal dan memantau haiwan peliharaan mereka agar terhindar daripada penyakit anjing gila atau rabies.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Ahmad Bakri Ali berkata walaupun penyakit anjing gila di negeri itu terkawal, namun pemilik anjing masih perlu berwaspada.

"Perintah Kawalan Penyakit Anjing Gila di bawah Akta Binatang 1953 masih dikuat kuasa sebagai langkah berjaga-jaga sejak wabak Rabies di Perlis diwartakan pada 19 Ogos lepas," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Ahmad Bakri berkata pemilik anjing antaranya perlu memastikan anjing mereka dikurung dalam premis masing-masing dan tidak dipindahkan ke tempat lain tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Selain itu, pemilik haiwan juga perlu melaporkan segera jika anjing mereka mati dan membuat suntikan pencegahan anti-Rabies setiap tahun, katanya.

Katanya, Jabatan Veterinar negeri melaksanakan pelbagai langkah pencegahan dan kawalan bagi membendung wabak rabies daripada merebak termasuk meningkatkan imuniti anjing peliharaan melalui vaksinasi dan mengawal populasi anjing liar.

Ahmad Bakri berkata dari 27 Julai hingga 19 November lepas terdapat 56 kes gigitan anjing dilaporkan di seluruh Perlis dan dari jumlah itu hanya 16 kes disahkan positif penyakit anjing gila.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Perlis , Rabies , Ahmad Bakri Ali

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan