PLUS Tunggu Keputusan Muktamad Kerajaan Untuk Naik Kadar Tol 5 Peratus

Diterbitkan: Isnin, 14 Disember 2015 4:00 PM

(Ubah saiz teks)

JERLUN: Plus Malaysia Berhad (PLUS) sedang menunggu keputusan kerajaan untuk menaikkan kadar tol sebanyak lima peratus, tahun depan, kata Pengarah Urusan PLUS Datuk Noorizan Abd Hamid.

Beliau berkata kenaikan itu selaras dengan perjanjian yang menetapkan kenaikan kadar tol sebanyak lima peratus setiap tiga tahun sekali bagi tempoh 2016 hingga 2038.

"PLUS tidak menaikkan kadar tol sejak 2005 lagi dan kenaikan itu wajar dilakukan disebabkan peningkatan kos operasi syarikat dari masa ke masa," katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan bantuan persekolahan anjuran PLUS di Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam di sini, Isnin.

Bagaimanapun, katanya keputusan kenaikan kadar tol tersebut bergantung kepada keputusan akhir kerajaan dan menurutnya kenaikan kadar tol akan dilakukan secara berperingkat dengan 68 sen bagi setiap kilometer.

"Jika jarak perjalanan 100 kilometer, pengguna perlu membayar 70 sen sahaja ... ia tidak membebankan mereka," katanya.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dalam satu kenyataan bertulis di Dewan Rakyat baru-baru ini memaklumkan PLUS berhak mengkaji semula kadar tol setiap tiga tahun sehingga kontraknya berakhir pada 2038.

Katanya, berdasarkan perjanjian konsesi tambahan PLUS yang ditandatangani pada November 2011, kerajaan dan PLUS Expressway Berhad (PEB) bersetuju memutuskan tiada kenaikan kadar tol di semua lebuh raya di bawah kendalian Plus bagi tempoh lima tahun dari 2011 hingga 2015.

Bagaimanapun Rosnah berkata kadar tol di Jambatan Pulau Pinang kekal sehingga 31 Disember 2038.

Sementara itu, Noorizan berkata sebanyak 1,000 pelajar dari 19 buah sekolah kebangsaan dan enam buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SKJC) dalam Parlimen Jerlun mendapat sumbangan pakaian dan peralatan sekolah dengan kos setiap seorang sebanyak RM200.

Beliau berkata ini merupakan program Tanggungjawab Sosial Korporat PLUS dalam membantu meringankan beban ibu bapa yang tidak berkemampuan dalam menyediakan kelengkapan persekolahan bagi anak-anak mereka.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: PLUS , Noorizan Abd Hamid , tol

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan