Penganjur Bersih Terkejut Dua MP DAP Didakwa Di Mahkamah

Diterbitkan: Isnin, 14 Disember 2015 1:09 PM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Ahli Jawatankuasa Penganjur Bersih 4 di Kuching  melahirkan rasa terkejut apabila dua ahli Parlimen DAP akan didakwa pagi Isnin kerana mengambil bahagian dalam perhimpunan Ogos lalu.

Karen Shepherd, jurucakap kepada jawatankuasa penganjur yang terdiri daripada lapan anggota itu berkata pihak berkuasa telah membuka potensi ruang kritikan dan syak wasangka untuk diri mereka sendiri.


"Kami amat kecewa, sepatutnya tiada sebarang pendakwaan dikenakan selepas Bersih 4 Kuching diiktiraf sebagai acara yang aman dan teratur," kata Shepherd kepada The Star.


Beliau berkata, Ahli Parlimen Bandar Kuching Chong Chieng Jen dan Ahli Parlimen Stampin Julian Tan adalah 'orang yang mempunyai kedudukan yang baik dalam masyarakat'.

Beliau mempersoalkan masa pendakwaan, yang dibuat beberapa bulan selepas peristiwa itu, dan 'beberapa bulan sebelum pilihan raya'.

Beliau mendakwa anggota polis yang hadir ke perhimpunan Bersih di Sarawak 29 Ogos  lalu telah berterima kasih di atas kelakuan baik daripada semua peserta.

"Seperti yang telah dinyatakan berkali-kali, perhimpun secara aman seperti ini adalah hak demokrasi yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Chong dan Tan akan didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 di Mahkamah Sesyen di Kuching. Polis telah mengemukakan saman dan kertas pertuduhan pada Ahad di ibu pejabat DAP negeri.

Bersih 4 Kuching adalah satu-satunya perhimpunan di negara ini yang menerima kelulusan majlis dan permit polis.

Walau bagaimanapun, kedua-dua pemimpin DAP itu didakwa melanggar Seksyen 4 (2) (c) Akta kerana mengambil bahagian dalam protes jalanan dari Hilton Kuching ke padang ragbi Song Kheng Hai, kawasan yang telah diluluskan untuk perhimpunan tersebut.

Kedua-duanya berisiko hilang kelayakan sebagai wakil rakyat (dan juga dilarang bertanding) selama lima tahun jika didapati bersalah dan dikenakan hukuman maksimum RM10,000 setiap seorang.

Seorang lagi penganjur perhimpunan Bersih 4 di Kuching , Ann Teo berkata, peguam yang mewakili ahli Parlimen DAP itu mungkin akan memohon kes itu digugurkan berdasarkan pertuduhan yang tidak berasas atau tidak mengikut perlembagaan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan