Lapan Kes Pemalsuan EP Dikesan MYXpats Sejak Julai Lalu - Mustafa

Diterbitkan: Isnin, 14 Disember 2015 7:59 PM

Mustafa Ibrahim.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Lapan kes pemalsuan dokumen sokongan mendapatkan Pas Pekerjaan (EP) dikesan Pusat Perkhidmatan Bakat Ekspatriat Malaysia (MYXpats Centre) bagi tempoh Julai lalu sehingga Ahad.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafa Ibrahim berkata kes itu melibatkan syarikat dalam industri pembinaan, pembuatan dan perlombongan yang menggunakan surat sokongan serta dokumen palsu daripada badan kawal selia industri.

"Jabatan Imigresen mengambil serius perkara ini kerana ia boleh mengancam keselamatan negara. Syarikat serta wakil yang terlibat juga akan menerima tindakan tegas termasuk disenaraihitamkan.

"Berikutan itu, MYXpats Centre telah membuat laporan polis dan siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan kerana membuat pemalsuan bagi tujuan penipuan dan akan dikenakan hukuman penjara tidak melebihi tujuh tahun atau denda," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media berhubung kes penipuan permohonan ekspatriat di sini, Isnin.

Mustafa berkata antara kesalahan yang dilakukan majikan ialah mencari jalan pintas dengan memalsukan logo kerajaan bagi mempengaruhi keputusan Jabatan Imigresen mempercepatkan proses permohonan, selain menggunakan ejen atau orang tengah melakukan kegiatan itu.

"Oleh itu, Jabatan Imigresen telah membuat tapisan lebih ketat di bahagian penguatkuasaan dan tidak akan bertoleransi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam isu ini.

"Hanya permohonan yang tulen dan layak akan dipertimbangkan untuk diambil bekerja di negara ini manakala majikan perlu bersikap telus ketika membuat permohonan dengan menyediakan dokumen lengkap, sahih dan tidak mempunyai unsur penipuan," katanya.

MYXpats Centre yang dilancarkan 1 Julai lepas merupakan pusat sehenti memproses permohonan dan mengeluarkan semua EP bagi warga asing yang bekerja di Malaysia dan ia diuruskan bersama Jabatan Imigresen dan Talent Corporation Malaysia (TalentCorp) serta diselia Kementerian Dalam Negeri.

Dalam pada itu, seramai 139,132 pendatang asing tanpa izin (PATI) telah menyerah diri untuk pulang ke negara asal melalui Program 3+1 yang dijalankan dari Jan hingga 17 November tahun ini.

Mustafa berkata program itu secara tidak langsung banyak membantu menjimatkan kos yang ditanggung kerajaan dalam mengurus perbelanjaan depoh tahanan PATI kerana mereka tidak perlu dihantar ke sana, sebaliknya dibawa terus pulang ke negara asal.

Katanya kerajaan terpaksa menanggung perbelanjaan besar kira-kira RM60 juta sebulan untuk mengurus 14 depoh tahanan di seluruh negara.

Program 3+1 yang merujuk kepada program serah diri sukarela melibatkan sama ada majikan sendiri menyerahkan PATI atau PATI menyerah diri kepada pihak berkuasa.

Mustafa juga berkata pihaknya menahan 57,608 PATI di negara ini hasil pemeriksaan ke atas 255,093 pekerja asing di seluruh negara menerusi 10,153 operasi yang dijalankan sejak awal Januari tahun ini.

"Selain itu, kami menahan 752 majikan yang menggaji PATI secara haram dan ini membuktikan jabatan ini turut menumpukan perhatian kepada penangkapan majikan dan bukannya PATI semata-mata," katanya. - BERNAMA


Tags / Kata Kunci: MYXpats Centre , TalentCorp , pemalsuan EP

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan